Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Friday 3 October 2014

LGM Menang Tempat Ketiga di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat MPIC dan Agensi Tahun 2014

No comments:
 
Posted: 11 Sep 2014 03:00 AM PDT

Berita - LGM Menang Tempat Ketiga di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat MPIC dan Agensi Tahun 2014

LGM Menang Tempat Ketiga di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat MPIC dan Agensi Tahun 2014

Konvensyen KIK peringkat Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dan agensi 2014 telah diadakan pada 10 dan 11 September 2014. Objektif penganjuran konvensyen ini adalah untuk membudayakan inovasi dan kreativiti di peringkat akar umbi agar dapat diamalkan oleh seluruh penjawat awam sebagai menyahut saranan YAB Perdana Menteri di samping memberi ruang dan peluang kepada warga kementerian dan agensi untuk membawa pembaharuan dan pendekatan berbeza yang mungkin lebih berkesan terhadap proses kerja di tempat kerja masing-masing.

Pada tahun ini, sebanyak 5 penyertaan dari agensi MPIC iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Untuk kategori pengurusan, Kumpulan SITOGENLAB dari MPOB telah mendapat tempat pertama dengan hadiah berupa trofi dan wang bernilai RM3,000.00. Manakala Kumpulan MPB CLICKS dari MPB dan Kumpulan SLATE dari LGM masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga berupa trofi dan wang bernilai RM2,000.00 untuk tempat kedua dan trofi berserta wang tunai bernilai RM1,000 untuk tempat ketiga. Untuk kategori teknikal pula, Kumpulan 1PLANT dari MPB mendapat tempat pertama dan Kumpulan H-TECH dari LKTN mendapat tempat kedua.

Kumpulan SMG Lead Time (SLATE) dari LGM membentang projek yang bertajuk Penambahbaikan Terhadap Sistem Penyampaian Pensijilan Standard Malaysian Glove (SMG). Projek ini bertujuan untuk memendekkan masa penyampaian keputusan ujian bagi Program Standard Malaysian Glove (SMG) bermula dari tarikh pemantauan kilang dijalankan sehingga keputusan ujian dihantar ke pihak kilang. Sistem yang diperkenalkan melalui projek ini adalah sistem penyediaan surat keputusan keseluruhan ujian SMG secara pengaturcaraan berkomputer dan borang Lot Traveller yang telah digunapakai pada tahun 2013 dan 2014. Selepas memperkenalkan kedua-dua sistem di atas, masa penyampaian keputusan ujian telah berjaya dikurangkan sehingga kurang dari sebulan selepas pemantauan dijalankan disamping tempoh penghantaran yang sangat konsisten berbanding dahulu.

Kumpulan SMG Lead Time (SLATE) di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat MPIC dan Agensi 2014

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger