Program Sembang Getah di Warung Rapatkan Hubungan LGM dengan Pihak Berkepentingan |
Program Sembang Getah di Warung Rapatkan Hubungan LGM dengan Pihak Berkepentingan Posted: 22 Sep 2014 05:00 AM PDT Program Sembang Getah di Warung Rapatkan Hubungan LGM dengan Pihak BerkepentinganPihak Pengurusan Tertinggi Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengambil pendekatan yang berbeza dalam mendekati pihak berkepentingan seperti pekebun kecil, peraih, pihak pemproses dan pekilang khususnya pekebun kecil. Satu program khas yang dinamakan 'Program Sembang Getah di Warung' merupakan inisiatif LGM untuk berinteraksi secara terus dengan pihak berkepentingan di kawasan mereka sendiri. Program tersebut yang pertama kalinya diadakan di Warung Tok Sidang, Kg. Chin Chin di Jasin Melaka pada 22 September 2014 dan telah mendapat sambutan yang baik di mana pekebun kecil, peraih, wakil Risda, ADUN, penghulu dan lain-lain telah turut hadir. Pengerusi LGM YB Datuk Wira Hj Ahmad Hj Hamzah turut bersama turun padang dengan YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad, Ketua Pengarah LGM, Pengarah (D&O) dan Pengarah-Pengarah Bahagian LGM. Progam ini menekankan konsep santai di mana peserta digalakkan bersikap terbuka dan 'bersembang' bersama pihak LGM. Antara isu yang diutarakan adalah berkenaan penurunan harga getah, bantuan kerajaan kepada pekebun kecil, rantaian pasaran getah di peringkat ladang, subsidi baja dan racun serta kad Pat-G. Program ini dilihat penting dalam usaha LGM menyampaikan maklumat dan dasar Kerajaan yang terkini secara terus kepada pihak berkepentingan dan selaras dengan pucuk pimpinan yang mahu pemimpin turun padang untuk melihat sendiri keadaan masyarakat setempat. Justeru itu, LGM akan meneruskan program ini di Bahau, Simpang Pertang, pada Oktober 2014.
Program Sembang Getah di Warung Rapatkan Hubungan LGM dengan Pihak BerkepentinganPihak Pengurusan Tertinggi Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengambil pendekatan yang berbeza dalam mendekati pihak berkepentingan seperti pekebun kecil, peraih, pihak pemproses dan pekilang khususnya pekebun kecil. Satu program khas yang dinamakan 'Program Sembang Getah di Warung' merupakan inisiatif LGM untuk berinteraksi secara terus dengan pihak berkepentingan di kawasan mereka sendiri. Program tersebut yang pertama kalinya diadakan di Warung Tok Sidang, Kg. Chin Chin di Jasin Melaka pada 22 September 2014 dan telah mendapat sambutan yang baik di mana pekebun kecil, peraih, wakil Risda, ADUN, penghulu dan lain-lain telah turut hadir. Pengerusi LGM YB Datuk Wira Hj Ahmad Hj Hamzah turut bersama turun padang dengan YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad, Ketua Pengarah LGM, Pengarah (D&O) dan Pengarah-Pengarah Bahagian LGM. Progam ini menekankan konsep santai di mana peserta digalakkan bersikap terbuka dan 'bersembang' bersama pihak LGM. Antara isu yang diutarakan adalah berkenaan penurunan harga getah, bantuan kerajaan kepada pekebun kecil, rantaian pasaran getah di peringkat ladang, subsidi baja dan racun serta kad Pat-G. Program ini dilihat penting dalam usaha LGM menyampaikan maklumat dan dasar Kerajaan yang terkini secara terus kepada pihak berkepentingan dan selaras dengan pucuk pimpinan yang mahu pemimpin turun padang untuk melihat sendiri keadaan masyarakat setempat. Justeru itu, LGM akan meneruskan program ini di Bahau, Simpang Pertang, pada Oktober 2014.
|
You are subscribed to email updates from Lembaga Getah Malaysia: Berita Terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment