Pages

• Twitter
• Facebook
• Google+
• RSS Feed

Monday 20 October 2014

PPNK Gesa Penoreh Getah Tidak Bergantung Kepada Tanaman ...

No comments:

PPNK Gesa Penoreh Getah Tidak Bergantung Kepada Tanaman ...

PPNK Gesa Penoreh Getah Tidak Bergantung Kepada Tanaman ...

Posted: 15 Oct 2014 06:53 PM PDT

PPNK Gesa Penoreh Getah Tidak Bergantung Kepada Tanaman Getah Semata-Mata

peladangKuala Lumpur – Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, PPNK menggesa penoreh getah tidak hanya bergantung kepada tanaman getah semata-mata sebagai sumber pendapatan.

Sebaliknya , perlu merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam Bajet 2015 untuk menanam pelbagai jenis tanaman lain sebagai tanaman alternatif.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, Ahmad Lateh Mohd Saman , harga getah di pasaran tempatan yang tidak menentu ketika ini nyata memberi kesan ketara kepada kedudukan ekonomi dan kewangan keluarga penoreh.

Sehubungan itu, mereka perlu berfikir di luar kotak dan mengusahakan tanaman-tanaman yang boleh menyumbang sumber kewangan kepada mereka.

Sementara itu, geran pemadanan sebanyak 100 juta ringgit kepada Lembaga Pertubuhan Peladang untuk membolehkan anggotanya membuat pinjaman bagi meningkatkan produktiviti ladang dan rangkaian pemasaran, disambut baik.

Geran tersebut membolehkan anggota LPP yang terdiri daripada petani memperkembangkan perusahaan mereka.

Tinjau Peluang Tanaman Getah Di Kemboja - Tanah2Getah

Posted: 06 Oct 2014 01:17 PM PDT

BERA – Hampir 30,000 pekebun kecil getah di daerah Bera, Temerloh dan Jerantut mendakwa pendapatan mereka terjejas teruk berikutan musim kemarau yang melanda sejak awal bulan ini.

Seorang pekebun kecil getah di Bera, Masood Mat Jali, 49, berkata sebelum ini dia mampu meraih pendapatan antara RM40 hingga RM50 sehari tetapi sejak
kemarau melanda pendapatannya hanya antara RM18 hingga RM25 sehari.

"Apabila cuaca terlalu panas, pokok getah tidak banyak mengeluarkan susu menyebabkan pendapatan kami juga berkurangan.

Tambah memeritkan apabila harga komoditi itu kini juga merosot menyebabkan kami terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian," katanya.

Jika hendak bercucuk tanam untuk mendapatkan pendapatan sampingan pun, tanah semuanya kering kontang menyebabkan tanaman bantut ataupun mati, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu Yusnaidi Harun, 45, dari Kampung Guntong Kerdau, Temerloh berkata dia kini terpaksa berjimat cermat dan membeli hanya barangan keperluan penting sahaja untuk kegunaan keluarganya.

"Pokok getah semuanya kering dengan daun getah menjadi merah dan luruh. Ia juga kurang mengeluarkan hasil dan hanya boleh ditoreh dua hari sekali sahaja kerana jika ditoreh sekali sehari menyebabkan pokok itu cepat mati," katanya.

Mohamed Jali, 43, dari Kampung Tanah Nyior, Jerantut pula berkata dia kini terpaksa melakukan kerja memukat ikan di Sungai Pahang atau paya sebagai sumber pendapatan sampingan untuk menyara 10 anak.

"Lapan anak saya masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan antara RM20 hingga RM35 sehari termasuk belanja dapur. Jika tiada pendapatan pasti kami akan berpuasa kerana hanya saya seorang sahaja yang bekerja, manakala untuk bergantung kepada kerja menoreh sepenuhnya pada masa kemarau sekarang tidak akan mencukupi," katanya.

Mohamed bagaimanapun sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana
sentiasa peka dan prihatin membela rakyat dengan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dapat mengurangkan bebanan pekebun kecil sepertinya.

"Rakyat bersyukur dan teruja dengan bantuan kerajaan BN itu yang membantu rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik dan kita berharap bantuan seperti ini dapat diteruskan bagi meringankan bebanan rakyat miskin seperti kami," katanya. – BERNAMA

Musim Kemarau Jejas Pendapatan Pekebun Getahhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Getah-1024x762.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Getah-150x150.jpg22 February 2014 MyNewsHub Terkini,

BERA - Hampir 30,000 pekebun kecil getah di daerah Bera, Temerloh dan Jerantut mendakwa pendapatan mereka terjejas teruk berikutan musim kemarau yang melanda sejak awal bulan ini. Seorang pekebun kecil getah di Bera, Masood Mat Jali, 49, berkata sebelum ini dia mampu meraih pendapatan antara RM40 hingga RM50 sehari tetapi...

BERA - Hampir 30,000 pekebun kecil getah di daerah Bera, Temerloh dan Jerantut mendakwa pendapatan mereka terjejas teruk berikutan musim kemarau yang melanda sejak awal bulan ini.

Seorang pekebun kecil getah di Bera, Masood Mat Jali, 49, berkata sebelum ini dia mampu meraih pendapatan antara RM40 hingga RM50 sehari tetapi sejak kemarau melanda pendapatannya hanya antara RM18 hingga RM25 sehari.

"Apabila cuaca terlalu panas, pokok getah tidak banyak mengeluarkan susu menyebabkan pendapatan kami juga berkurangan.

Tambah memeritkan apabila harga komoditi itu kini juga merosot menyebabkan kami terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian," katanya.

Jika hendak bercucuk tanam untuk mendapatkan pendapatan sampingan pun, tanah semuanya kering kontang menyebabkan tanaman bantut ataupun mati, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu Yusnaidi Harun, 45, dari Kampung Guntong Kerdau, Temerloh berkata dia kini terpaksa berjimat cermat dan membeli hanya barangan keperluan penting sahaja untuk kegunaan keluarganya.

"Pokok getah semuanya kering dengan daun getah menjadi merah dan luruh. Ia juga kurang mengeluarkan hasil dan hanya boleh ditoreh dua hari sekali sahaja kerana jika ditoreh sekali sehari menyebabkan pokok itu cepat mati," katanya.

Mohamed Jali, 43, dari Kampung Tanah Nyior, Jerantut pula berkata dia kini terpaksa melakukan kerja memukat ikan di Sungai Pahang atau paya sebagai sumber pendapatan sampingan untuk menyara 10 anak.

"Lapan anak saya masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan antara RM20 hingga RM35 sehari termasuk belanja dapur. Jika tiada pendapatan pasti kami akan berpuasa kerana hanya saya seorang sahaja yang bekerja, manakala untuk bergantung kepada kerja menoreh sepenuhnya pada masa kemarau sekarang tidak akan mencukupi," katanya.

Mohamed bagaimanapun sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sentiasa peka dan prihatin membela rakyat dengan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dapat mengurangkan bebanan pekebun kecil sepertinya.

"Rakyat bersyukur dan teruja dengan bantuan kerajaan BN itu yang membantu rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik dan kita berharap bantuan seperti ini dapat diteruskan bagi meringankan bebanan rakyat miskin seperti kami," katanya. - BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Info Anda: Cara Penanaman Getah | Tanah2Getah

Posted: 06 Oct 2014 07:01 PM PDT

Pendahuluan Getah berasal dari Brazil. Tokoh penting yang membawa benih getah dari Brazil ialah Sir Hanry Wickham. Beliau telah membawa 70,000 biji getah untuk ditanam di Kew Gardens di London untuk tujuan percambahan. Daripada jumlah itu hanya 4% sahaja yang tumbuh. Pada tahun 1877, 22 spesis getah telah dihantar ke Singapura, sebahagiannya ditanam di Botanical Gardens Singapura dan sebahagiannya ditanam di kediaman Sir Hugh Low di Kuala Kangsar. Pada peringkat awal getah tidak popular di Tanah Melayu kerana para peladang kurang kemahiran berkaitan tanaman getah. Lantaran itu mereka lebih tertumpu kepada tanaman lain. Tanaman getah mula mendapat perhatian dan ditanam secara besar-besaran pada awal abad ke-20. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu

Faktor-Faktor perkembangan

i) Usaha H. N. Ridley

a) Beliau merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah mengembara ke seluruh Tanah Melayu memujuk orang ramai supaya menanam getah. Dengan usahanya jugalah banyak penyelidikan telah dijalankan tentang cara penanaman getah yang betul, kesesuaian tanah dan pembekuan getah. Hasil penyelidikan telah diedarkan kepada pengusaha getah malalui Straits And FMS Agriculturul Bulletin. Akibat daripada usaha-usahanya itu menyebabkan beliau digelar "Ridley Getah atau Ridley Gila".

b) Pada tahun 1897 beliau telah memperkenalkan sistem torehan ibedem atau sistem torehan tulang ikan herring. Sistem torehan ini dapat mengelakkan pokok daripada rosak dan melanjutkan usia pokok. Beliau juga memperkenalkan cara yang lebih selamat untuk mengangkut anak-anak pokok ke tempat yang lebih jauh, iaitu dengan cara anak-anak pokok dibalut dengan arang yang lembab bagi mengelak daripada mati akibat kekurangan air. Usaha-usaha Ridley menampakkan hasil apabila pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 getah mula ditanam secara meluas. Contohnya pada tahun 1896, 16 hektar tanaman getah diusahakan oleh Tan Choy Yan. Menjelang tahun 1904, tanaman getah berskala besar mula ditanam di Kedah dan di Johor. Sehingga tahun 1911, terdapat lebih kurang satu juta ekar tanah telah ditanam dengan getah dan pada tahun 1930 getah telah menjadi eksport penting Tanah Melayu.

ii) Kemerosotan harga kopi.

Antara tahun-tahun 1896-1900, harga kopi telah mengalami kemerosotan di pasaran dunia akibat pengeluaran yang berlebihan. Kopi juga mengalami kemerosotan akibat serangan penyakit kupu-kupu Beehawk. Kejatuhan harga kopi menyebabkan peladang-peladang beralih tumpuan kepada tanaman getah. Bagi menggalakkan tanaman getah kerajaan Perak telah menjual 32, 000 biji getah dan 60,000 anak benih getah untuk ditanam di seluruh ladang di Tanah Melayu.

iii) Permintaan terhadap getah yang meningkat.

a) Pada awal abad ke-20 permintaan terhadap getah meningkat akibat daripada Revolusi Perindustrian yang berkembang di Eropah dan Amerika Syarikat. Pelbagai barangan telah dicipta yang berasaskan getah. Contohnya perkembangan industri kereta menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat kerana getah digunakan untuk membuat tayar. Pada tahun 1888, J.B. Dunlop telah mencipta tayar angin. Pada tahun 1910, Amerika Syarikat telah menghasilkan 500,000 buah kenderaan. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat khususnya dari Amerika Syarikat. Pada tahun 1907, Amerika Syarikat telah membeli 37% daripada getah dunia dan telah meningkat kepada 77% pada tahun 1917.

b) Pada tahun 1839 Goodyear telah menemui kaedah mencampurkan getah dengan belerang dan haba supaya keras. Melalui kaedah ini dapat menghalang getah daripada menjadi lembut dan meleket apabila panas; menjadi keras dan rapuh apabila sejuk. Kaedah ini dkenali "Vulcanization". Kejayaan kaedah ini telah menambahkan kepelbagaian penggunaan getah seperti kasut getah, pakaian kalis air, barangan elektrik, peralatan perubatan, getah pemadam, paip air dan lain-lain.

c) Permintaan yang tinggi terhadap getah telah meningkatkan harga getah. Contohnya pada tahun 1890 harga getah $1.30 sepaun telah meningkat kepada $2.50 sepaun pada tahun 1906. Harga getah tertinggi pernah dicapai ialah $ 5.50 sepaun pada tahun 1910. Peningkatan terhadap harga getah telah menggalakkan pelabur Eropah dan Cina menanam getah secara ladang. Antara ladang yang dibuka oleh pelabur Eropah ialah Guthrie, Harrison and Crossfield (Golden Hope), Socfin, Sime Darby dan Syarikat Getah Dunlop. Sementara itu, orang mula menggantikan tanaman kopi dengan tanaman getah. Perluasan tanaman getah telah menyebabkan pengeluaran getah Tanah Melayu meningkat. Contohnya pada tahun 1905 Tanah Melayu mengeluarkan 400 tan getah dan telah meningkat kepada 11,000 tan pada tahun 1911. Pada tahun 1922 Tanah Melayu mengeluarkan sebanyak 212,000 tan getah.

iv) Tenaga buruh yang murah

a) British telah membawa masuk secara beramai-ramai orang India ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Kedatangan orang-orang India telah dapat membekalkan buruh yang murah kepada sektor getah. Pada tahun 1883 Kerajaan British telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan India untuk membawa masuk buruh India secara terancang

b) Orang India dibawa masuk melalui sistem kontrak dan sistem kangany. Pada tahun 1908 sejumlah 43,515 orang buruh India di ladang-ladang getah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jumlah ini telah meningkat kepada 139, 480 orang pada tahun 1918. Kehadiran buruh dengan jumlah yang besar telah membolehkan pemodal-pemodal Eropah membuka ladang-ladang getah yang lebih besar.

v) Penyelidikan getah secara saintifik

a) Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan terhadap getah. Pada tahun 1907 Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan. Pertubuhan ini menjalankan kerjasama dengan kerajaan British bagi menjalankan penyelidikan untuk memperbaki hasil dan mutu getah serta menambah keluasan kawasan getah. Pada tahun 1926 kerajaan telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah. Institut ini telah menghasilkan cara-cara yang lebih baik bagi penanaman getah, penggunaan baja, kawalan serangga, memproses susu getah, pisau menoreh yang sesuai, cara mengawet dan memekatkan susu getah.

vi) Galakan daripada Kerajaan

a) Kerajaan British memberi galakan kepada perusahaan getah. Pada tahun 1897 kerajaan telah mengenakan cukai yang rendah ke atas tanah yang ditanam dengan getah, iaitu sebanyak 10 sen bagi setiap 0.405 hektar bagi sepuluh tahun yang pertama dan selepas 10 tahun cukai dinaikkan kepada 50 sen. Duti ke atas getah hanyalah 2.5% bagi setiap lima belas tahun yang pertama dari tarikh kerja-kerja tanaman dimulakan.
b) Selepas tempoh tersebut duti tersebut tidak akan melebihi 5%. Pada tahun 1899 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak $ 4000 bagi menjalankan eksperimen getah dan tanaman lain. Pada tahun 1904 syarikat-syarikat Eropah diberi keutamaan memperoleh pinjaman khas dengan kadar faedah yang rendah. Sebanyak $ 500, 000 diperuntukkan bagi menjayakan skim itu. Pada tahun 1908 jumlah itu ditambah tiga kali ganda. Kerajaan British juga memberi hak milik kekal kepada mereka yang membuka tanah untuk menanam getah.

vii) Penglibatan pelabur Eropah

a) Penglibatan pelabur Eropah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah. Penglibatan mereka telah menyebabkan tanaman getah secara besar-besaran terlaksana. Antara syarikat Eropah yang melibatkan diri dengan perusahaan getah ialah Guthrie, Dunlop, Sime Darby, Harrison dan Crosfield. Penglibatan syarikat Eropah telah menyebabkan pengeluaran getah di Tanah Melayu meningkat dengan pesatnya. Cntohnya pada tahun 1914 lebih daripada setengah bekalan getah dunia datangnya dari Tanah Melayu.

Kesimpulan
Jelaslah bahawa pengenalan tanaman getah di Tanah Melayu telah berjaya menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar utama getah dunia. Getah mula menjadi sumber ekonomi penting Tanah Melayu seperti juga bijih timah. Walau bagaimanapun pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an perusahaan getah mengalami kemerosotan akibat kemerosotan ekonomi dunia sehinggakan kerajaan British pada ketika itu terpaksa mengambil beberapa langkah bagi mengatasinya

No comments:

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger