Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Sunday 26 October 2014

PPNK Gesa Penoreh Getah Tidak Bergantung Kepada Tanaman ...

No comments:
 

PPNK Gesa Penoreh <b>Getah</b> Tidak Bergantung Kepada <b>Tanaman</b> <b>...</b>


PPNK Gesa Penoreh <b>Getah</b> Tidak Bergantung Kepada <b>Tanaman</b> <b>...</b>

Posted: 15 Oct 2014 06:53 PM PDT

PPNK Gesa Penoreh Getah Tidak Bergantung Kepada Tanaman Getah Semata-Mata

peladangKuala Lumpur – Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, PPNK menggesa penoreh getah tidak hanya bergantung kepada tanaman getah semata-mata sebagai sumber pendapatan.

Sebaliknya , perlu merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam Bajet 2015 untuk menanam pelbagai jenis tanaman lain sebagai tanaman alternatif.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, Ahmad Lateh Mohd Saman , harga getah di pasaran tempatan yang tidak menentu ketika ini nyata memberi kesan ketara kepada kedudukan ekonomi dan kewangan keluarga penoreh.

Sehubungan itu, mereka perlu berfikir di luar kotak dan mengusahakan tanaman-tanaman yang boleh menyumbang sumber kewangan kepada mereka.

Sementara itu, geran pemadanan sebanyak 100 juta ringgit kepada Lembaga Pertubuhan Peladang untuk membolehkan anggotanya membuat pinjaman bagi meningkatkan produktiviti ladang dan rangkaian pemasaran, disambut baik.

Geran tersebut membolehkan anggota LPP yang terdiri daripada petani memperkembangkan perusahaan mereka.

No comments:

Post a Comment

 
© 2014. Design by Blogger