Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Monday 21 April 2014

Majlis Pelancaran One Nation Rubber Strategy

No comments:
 
Posted: 08 Apr 2014 03:00 AM PDT

Berita - Majlis Pelancaran One Nation Rubber Strategy

Majlis Pelancaran One Nation Rubber Strategy

Majlis Pelancaran One Nation Rubber Strategy (1NRS) telah berlangsung pada 8 April 2014 bertempat di Auditorium Lembaga Getah Malaysia Sungai Buloh. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Dalam ucapanya, beliau telah menerangkan tentang hala tuju program 1NRS dan impaknya terhadap pemantapan industri getah untuk menyumbang kepada peningkatan hasil pendapatan negara. Katanya, terdapat tujuh strategi utama yang menjadi fokus pelaksanaan industri iaitu meningkatkan penawaran bahan mentah tempatan, dan meningkatkan daya saing produktiviti getah negara yang mempunyai nilai tambah agar dapat menghasilkan susu getah yang berkualiti. Tambahan pula, pengkomersialkan produk getah hijau dan kimia halus boleh membantu mempromosikan getah sebagai bahan yang boleh diperbaharui bagi menjamin kesinambungan alam sekitar. Manakala LGM sebagai agensi pelaksana pula bertanggngjawab dalam menyediakan khidmat sokongan yang lebih cekap dan berkesan supaya dapat menyumbang kepada peningkatkan kecekapan modal insan dan pemantapan industri getah negara.

Bagi memastikan setiap strategi dapat diaplikasi dengan baik, beliau telah meletakkan tanggungjawab kepada setiap Ahli Majlis Pengurusan Tertinggi (MPT) LGM untuk mengetuai pelaksanaan program yang telah dirancang. Tambah beliau lagi, pada masa kini negara masih bergantung kepada import getah daripada negara luar seperti Thailand dan Indonesia. Dengan adanya pelaksanaan program 1NRS diharap dapat memberi nafas baru kepada industri getah negara untuk memastikan industri getah menyumbang kepada pendapatan negara dan memastikan industri getah terus berkembang maju.

Dikesempatan ini juga, YBhg Datuk Dr Salmiah turut mengambil peluang untuk berjumpa dengan pengawai penyelidik. Dalam ucapanya, beliau berharap agar pegawai penyelidik LGM dapat menghasilkan penyelidikan yang boleh memberi manfaat kepada perkembangan industri getah negara. Di dalam sesi dialog antara pegawai kanan dan Ketua Pengarah, pelbagai isu telah dibangkitkan dan diantaranya ialah Sasaran Kerja Tahunan (SKI) dan Key Performance Indicator (KPI), isu penempatan Pegawai Penyelidik di Centre of Excellence (COE) dan Bahagian Teknologi Kejuruteraan (BTK). Selain itu, isu lain yang turut dibincangkan ialah Kritikal Elaun dan pegawai yang terlibat dengan konsultasi perlu melaksanakan kajian.

Majlis diakhiri dengan upacara penyerahan buku (1NRS) oleh Datuk Dr Salmiah, Ketua Pengarah LGM kepada Timbalan-timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah-Pengarah Bahagian.

YBhg Datuk Dr. Salmiah Ahmad menyampaikan ucapan dan pembentangan 1NRS YBhg Datuk Dr Salmiah menyampaikan Buku (1NRS) kepada Ahli Majlis Tertinggi LGM
YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad menyampaikan ucapan dan pembentangan 1NRS YBhg Datuk Dr Salmiah menyampaikan Buku (1NRS) kepada Ahli Majlis Tertinggi LGM
Pegawai Kanan LGM khusyuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh YBhg Datuk Ketua Pengarah. Pegawai Kanan LGM khusyuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh YBhg Datuk Ketua Pengarah.
Pegawai Kanan LGM khusyuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh YBhg Datuk Ketua Pengarah.
Selfie YBhg Datuk Ketua Pengarah bersama Ahli Majlis Pengurusan Tertinggi dan Pegawai Kanan LGM

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger