Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Friday 18 April 2014

Penganjuran National Rubber Economic Conference 2014

No comments:
 
Posted: 15 Apr 2014 05:00 AM PDT

Berita - Penganjuran National Rubber Economic Conference 2014

Penganjuran National Rubber Economic Conference 2014

Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menganjurkan National Rubber Economic Conference 2014 yang telah diadakan pada 15 April 2014. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Haji Ahmad Haji Hamzah, Pengerusi LGM. Persidangan yang bertemakan "Rubber Industry: An Update" telah diadakan bertujuan untuk memperkenalkan tekonologi terkini LGM dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada industri getah negara. Selain itu juga, antara initipati lain yang turut dibincangkan ialah pelaksanaan Government Service Tax (GST) yang akan dilaksanakan mulai April 2015 dan kesanya kepada industri getah negara disamping memahami situasi harga getah di peringkat global.

Persidangan ini merupakan kesinambungan daripada 1 Nation Rubber Strategi (1NRS) yang telah dilancarkan baru-baru ini. Persidangan ini juga membolehkan pihak LGM dan industri getah negara dapat berinteraksi dengan lebih dekat bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai situasi industri getah negara. Seperti yang kita sedia maklum, harga getah di pasaran dunia telah menurun disebabkan berlakunya lambakan stok getah di pasaran dunia. Hal ini telah menyebabkan harga getah di pasaran dunia menjadi tidak menentu. Pihak LGM telah mengambill inisiatif dalam mengatasi masalah.

Di dalam persidangan ini, pihak LGM telah membentangkan dua kerta kerja iaitu MRB' R&D: Research Programmes, Potential Products and Services dan The Malaysia Rubber Industry: Current Status & Prospects. Di dalam pembentangan tersebut, pembentang telah membincangkan tentang potensi produk-produk keluaran getah. Sebagai contoh, pihak LGM melalui kerjasama Pusat Penyelidikan Getah Tun Razak (TARRC) di Brickendonbury, United Kindgom telah berjaya menghasilkan teknologi galas getah redaman tinngi (HDRB) yang direka khas untuk melindungi struktur dan isi kandungan struktur Jambatan Kedua Pulau Pinang. Ini menunjukkan produk keluaran getah mempunyai nilai tambah yang tinggi dan mampu menjadi pemangkin terhadap kejayaan industri getah negara.

Manakala, pihak industri pula membentangkan sebanyak enam kertas kerja yang membincangkan mengenai trends industri getah negara masa kini dan pelaksanaan GST dan kesanya kepada industri getah negara. Dalam hal ini, pihak LGM hendaklah mencari mekanisma baru untuk membantu pekebun kecil supaya tidak mendapat kesan sampingan daripada pelaksanaan GST ini terhadap industri getah negara. Disamping itu, pihak LGM dan industri getah negara hendaklah mengambil pendekatan dengan menyampaikan maklumat tepat kepada smallholders agar tidak berlaku salah faham mengenai pelaksanaan GST ini.

Penganjuran persidangan ini dilihat sebagai satu platform buat pihak LGM dan industri negara untuk bertukar fikiran dan pandangan dalam menghadapi situasi dan cabaran industri getah negara pada masa kini. Setiap pembentangan daripada peserta persidangan dapat dijadikan panduan dalam merencana perancangan yang lebih gemilang terhadap kemajuaan industri getah negara.

YB Datuk Wira Hj Hamzah, Pengerusi LGM menyampaikan ucapan perasmian NREC 2014 Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi), Dr Mohd Akbar Md Said menyampaikan pembentangan beliau Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Operasi) , Dr Hj Suarni Sumormo menyampaikan pembentangan beliau

Peserta-peserta NREC 2014 Peserta-peserta NREC 2014
Peserta-peserta NREC 2014
Sesi bergambar YB Datuk Wira Hj Hamzah dan YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad, Ketua Pengarah dengan pembentang kertas. Sidang media bersama YB Datuk Wira Ahmad

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger