Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Thursday 17 April 2014

Lawatan R1 International, Singapore Ke Pusat Pameran Barangan Getah Antarabangsa Malaysia (IRPEC)

No comments:
 

Lawatan R1 International, Singapore Ke Pusat Pameran Barangan Getah Antarabangsa Malaysia (IRPEC)


Lawatan R1 International, Singapore Ke Pusat Pameran Barangan Getah Antarabangsa Malaysia (IRPEC)

Posted: 08 Apr 2014 05:00 AM PDT

Berita - Lawatan R1 International, Singapore Ke Pusat Pameran Barangan Getah Antarabangsa Malaysia (IRPEC)

Lawatan R1 International, Singapore Ke Pusat Pameran Barangan Getah Antarabangsa Malaysia (IRPEC)

Syarikat R1 International, Singapura pada 8 April 2014 telah membuat lawatan ke IRPEC dimana lima orang wakil daripada syarikat itu terlibat sepanjang lawatan. Objektif lawatan adalah untuk berkongsi pendapat dan kepakaran selain memberi pemahaman kepada mereka tentang aktiviti-aktiviti LGM dan industri getah Malaysia.

R1 International adalah penguasa pasaran dalam pengurusan rantaian nilai getah asli yang menawarkan pelbagai gred dari pelbagai keaslian kepada pelanggan di peringkat global. R1 diletakkan sebagai salah satu penyelesaian untuk keperluan bahan mentah industri getah ini. Mereka berniaga pelbagai jenis getah semula jadi dan sintetik secara global. Mereka juga melanjutkan kepakaran professional pengurusan risiko melalui rantaian nilai, dengan itu mewujudkan satu bidang tanpa saingan kepada pembekal dan pengguna mereka.

Lawatan ini dilihat sebagai satu kerjasama erat yang mana mampu memberi pemahaman dan pendedahan selain berkongsi kepakaran tentang produk berasaskan getah. Diharap dengan kerjasama ini dapat memberi kemanfaatan kepada kedua-dua belah pihak selain mempertingkatkan perdagangan getah asli.

Pelawat di IRPEC dan di ladang getah Pelawat di IRPEC dan di ladang getah Pelawat di IRPEC dan di ladang getah
Pelawat di IRPEC dan di ladang getah

No comments:

Post a Comment

 
© 2014. Design by Blogger