Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Tuesday 22 April 2014

Lawatan Delegasi Bangladesh Ke LGM

No comments:
 
Lawatan Delegasi Bangladesh Ke LGM

Lawatan Delegasi Bangladesh Ke LGM

Posted: 17 Apr 2014 05:00 AM PDT

Berita - Lawatan Delegasi Bangladesh Ke LGM

Lawatan Delegasi Bangladesh Ke LGM

Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menerima empat pelawat daripada Bangladesh pada 17 April 2014. Rombongan lawatan terdiri daripada Mr Md Mozibar Rahman, Pengarah (Kewangan), Bangladesh Agriculture Reseach Centre (BARC), Mr Md Golam Rashid, Timbalan Pengarah (Akaun dan Kewangan), Bangladesh Rice Research Instutite (BRRI), Ms Nargish Begum, Deputy Director (Administration), Bangladesh Jute Research Institute (BJRI), dan Mr Md Yunus Ali, Timbalan Ketua Akauntan, Bangladesh Sugarcane Research Institute (BSRI). Mereka diiringi oleh pegawai daripada Bahagian Peningkatan Kemahiran dan Pendidikan, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), En Wahyu Hidayat Bin Misdi dan Dr K. Maniam Kaliannan.

Lawatan singkat ke Stesen Penyelidikan Sungai Buloh merupakan sebahagian daripada aturcara Program Latihan Pertanian Kebangsaan Bangladesh. Kesemua pelawat dan pengiring dibawa ke Pusat Pameran Barangan Getah Antarabangsa (IRPEC) dan diberi penerangan mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di LGM oleh Encik Hairul Ishyam Hussein, Pegawai Penyelidik IRPEC. Mereka didedahkan dengan pembuatan barangan getah mengikut sektor hiliran seperti kejuruteraan, kesihatan, maritime, pengangkutan, dan lain-lain. Malah, mereka turut didedahkan dengan alat seismic bearing yang digunapakai dalam pembuatan jambatan Pulau Pinang ke-2.

Pelawat turut dibawa ke kilang SMR untuk melihat bagaimana proses menghasilkan Getah SMR dan telah diberi penerangan mengenai pemprosesan getah asli yang bermula daripada bahan mentah sehinggalah di bungkus untuk dijual dan dieksport. Penerangan diberikan oleh Encik Ahmad Khairul Mohammad dan Encik Mohd Ikram Mohammad dari Unit Penyelidikan Pemperosesan dan Pencemaran.

Pelawat di IRPEC Pelawat di IRPEC
Pelawat di IRPEC

Pelawat di Kilang SMR Pelawat di Kilang SMR
Pelawat di Kilang SMR

Lawatan HHCLKA Buddhist Ching Kok Secondary School Hong Kong ke LGM

Posted: 16 Apr 2014 05:00 AM PDT

Berita - Lawatan HHCLKA Buddhist Ching Kok Secondary School Hong Kong ke LGM

Lawatan HHCLKA Buddhist Ching Kok Secondary School Hong Kong ke LGM

Pada 16 April 2014, Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menerima lawatan sambil belajar dari pelajar-pelajar HHCKLA Buddhist Ching Kok Secondary School Hong Kong. Seramai 40 orang pelajar dan tiga orang guru terlibat dalam lawatan ini. Lawatan ini bertujuan memberi pemahaman kepada pelajar-pelajar tentang aktiviti-aktiviti LGM.

Sepanjang lawatan, pelajar-pelajar dibawa melawat Pusat Pameran Barangan Getah Antarabangsa (IRPEC) yang menempatkan pelbagai barangan yang diperbuat daripada getah. Taklimat diberikan oleh Encik Hasnan, dan pelajar-pelajar didedahkan dengan barangan buatan getah mengikut sektor kegunaan seperti maritim, kesihatan, kejuruteraan, pengangkutan, dan lain-lain.

Pelajar-pelajar turut dibawa ke kilang Standard Malaysia Rubber (SMR) yang mana mereka diterangkan tentang proses pemprosesan Getah Standard Malaysian Rubber (SMR).

Pelajar-Pelajar di IRPEC Pelajar-pelajar di kilang SMR

Pelajar-pelajar di IRPEC
Pelajar-pelajar di IRPEC

‘Selfie’ oleh pelajar-pelajar ‘Selfie’ oleh pelajar-pelajar
'Selfie' oleh pelajar-pelajar

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger