Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Friday 25 April 2014

Felda dan Penanaman Getah | Usahawan - Tanah2Getah - Blogger

No comments:
 

Felda dan Penanaman <b>Getah</b> | Usahawan - Tanah2Getah - Blogger


Felda dan Penanaman <b>Getah</b> | Usahawan - Tanah2Getah - Blogger

Posted: 13 Apr 2014 07:21 PM PDT

Pendahuluan Getah berasal dari Brazil. Tokoh penting yang membawa benih getah dari Brazil ialah Sir Hanry Wickham. Beliau telah membawa 70,000 biji getah untuk ditanam di Kew Gardens di London untuk tujuan percambahan. Daripada jumlah itu hanya 4% sahaja yang tumbuh. Pada tahun 1877, 22 spesis getah telah dihantar ke Singapura, sebahagiannya ditanam di Botanical Gardens Singapura dan sebahagiannya ditanam di kediaman Sir Hugh Low di Kuala Kangsar. Pada peringkat awal getah tidak popular di Tanah Melayu kerana para peladang kurang kemahiran berkaitan tanaman getah. Lantaran itu mereka lebih tertumpu kepada tanaman lain. Tanaman getah mula mendapat perhatian dan ditanam secara besar-besaran pada awal abad ke-20. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu

Faktor-Faktor perkembangan

i) Usaha H. N. Ridley

a) Beliau merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah mengembara ke seluruh Tanah Melayu memujuk orang ramai supaya menanam getah. Dengan usahanya jugalah banyak penyelidikan telah dijalankan tentang cara penanaman getah yang betul, kesesuaian tanah dan pembekuan getah. Hasil penyelidikan telah diedarkan kepada pengusaha getah malalui Straits And FMS Agriculturul Bulletin. Akibat daripada usaha-usahanya itu menyebabkan beliau digelar "Ridley Getah atau Ridley Gila".

b) Pada tahun 1897 beliau telah memperkenalkan sistem torehan ibedem atau sistem torehan tulang ikan herring. Sistem torehan ini dapat mengelakkan pokok daripada rosak dan melanjutkan usia pokok. Beliau juga memperkenalkan cara yang lebih selamat untuk mengangkut anak-anak pokok ke tempat yang lebih jauh, iaitu dengan cara anak-anak pokok dibalut dengan arang yang lembab bagi mengelak daripada mati akibat kekurangan air. Usaha-usaha Ridley menampakkan hasil apabila pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 getah mula ditanam secara meluas. Contohnya pada tahun 1896, 16 hektar tanaman getah diusahakan oleh Tan Choy Yan. Menjelang tahun 1904, tanaman getah berskala besar mula ditanam di Kedah dan di Johor. Sehingga tahun 1911, terdapat lebih kurang satu juta ekar tanah telah ditanam dengan getah dan pada tahun 1930 getah telah menjadi eksport penting Tanah Melayu.

ii) Kemerosotan harga kopi.

Antara tahun-tahun 1896-1900, harga kopi telah mengalami kemerosotan di pasaran dunia akibat pengeluaran yang berlebihan. Kopi juga mengalami kemerosotan akibat serangan penyakit kupu-kupu Beehawk. Kejatuhan harga kopi menyebabkan peladang-peladang beralih tumpuan kepada tanaman getah. Bagi menggalakkan tanaman getah kerajaan Perak telah menjual 32, 000 biji getah dan 60,000 anak benih getah untuk ditanam di seluruh ladang di Tanah Melayu.

iii) Permintaan terhadap getah yang meningkat.

a) Pada awal abad ke-20 permintaan terhadap getah meningkat akibat daripada Revolusi Perindustrian yang berkembang di Eropah dan Amerika Syarikat. Pelbagai barangan telah dicipta yang berasaskan getah. Contohnya perkembangan industri kereta menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat kerana getah digunakan untuk membuat tayar. Pada tahun 1888, J.B. Dunlop telah mencipta tayar angin. Pada tahun 1910, Amerika Syarikat telah menghasilkan 500,000 buah kenderaan. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat khususnya dari Amerika Syarikat. Pada tahun 1907, Amerika Syarikat telah membeli 37% daripada getah dunia dan telah meningkat kepada 77% pada tahun 1917.

b) Pada tahun 1839 Goodyear telah menemui kaedah mencampurkan getah dengan belerang dan haba supaya keras. Melalui kaedah ini dapat menghalang getah daripada menjadi lembut dan meleket apabila panas; menjadi keras dan rapuh apabila sejuk. Kaedah ini dkenali "Vulcanization". Kejayaan kaedah ini telah menambahkan kepelbagaian penggunaan getah seperti kasut getah, pakaian kalis air, barangan elektrik, peralatan perubatan, getah pemadam, paip air dan lain-lain.

c) Permintaan yang tinggi terhadap getah telah meningkatkan harga getah. Contohnya pada tahun 1890 harga getah $1.30 sepaun telah meningkat kepada $2.50 sepaun pada tahun 1906. Harga getah tertinggi pernah dicapai ialah $ 5.50 sepaun pada tahun 1910. Peningkatan terhadap harga getah telah menggalakkan pelabur Eropah dan Cina menanam getah secara ladang. Antara ladang yang dibuka oleh pelabur Eropah ialah Guthrie, Harrison and Crossfield (Golden Hope), Socfin, Sime Darby dan Syarikat Getah Dunlop. Sementara itu, orang mula menggantikan tanaman kopi dengan tanaman getah. Perluasan tanaman getah telah menyebabkan pengeluaran getah Tanah Melayu meningkat. Contohnya pada tahun 1905 Tanah Melayu mengeluarkan 400 tan getah dan telah meningkat kepada 11,000 tan pada tahun 1911. Pada tahun 1922 Tanah Melayu mengeluarkan sebanyak 212,000 tan getah.

iv) Tenaga buruh yang murah

a) British telah membawa masuk secara beramai-ramai orang India ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Kedatangan orang-orang India telah dapat membekalkan buruh yang murah kepada sektor getah. Pada tahun 1883 Kerajaan British telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan India untuk membawa masuk buruh India secara terancang

b) Orang India dibawa masuk melalui sistem kontrak dan sistem kangany. Pada tahun 1908 sejumlah 43,515 orang buruh India di ladang-ladang getah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jumlah ini telah meningkat kepada 139, 480 orang pada tahun 1918. Kehadiran buruh dengan jumlah yang besar telah membolehkan pemodal-pemodal Eropah membuka ladang-ladang getah yang lebih besar.

v) Penyelidikan getah secara saintifik

a) Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan terhadap getah. Pada tahun 1907 Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan. Pertubuhan ini menjalankan kerjasama dengan kerajaan British bagi menjalankan penyelidikan untuk memperbaki hasil dan mutu getah serta menambah keluasan kawasan getah. Pada tahun 1926 kerajaan telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah. Institut ini telah menghasilkan cara-cara yang lebih baik bagi penanaman getah, penggunaan baja, kawalan serangga, memproses susu getah, pisau menoreh yang sesuai, cara mengawet dan memekatkan susu getah.

vi) Galakan daripada Kerajaan

a) Kerajaan British memberi galakan kepada perusahaan getah. Pada tahun 1897 kerajaan telah mengenakan cukai yang rendah ke atas tanah yang ditanam dengan getah, iaitu sebanyak 10 sen bagi setiap 0.405 hektar bagi sepuluh tahun yang pertama dan selepas 10 tahun cukai dinaikkan kepada 50 sen. Duti ke atas getah hanyalah 2.5% bagi setiap lima belas tahun yang pertama dari tarikh kerja-kerja tanaman dimulakan.
b) Selepas tempoh tersebut duti tersebut tidak akan melebihi 5%. Pada tahun 1899 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak $ 4000 bagi menjalankan eksperimen getah dan tanaman lain. Pada tahun 1904 syarikat-syarikat Eropah diberi keutamaan memperoleh pinjaman khas dengan kadar faedah yang rendah. Sebanyak $ 500, 000 diperuntukkan bagi menjayakan skim itu. Pada tahun 1908 jumlah itu ditambah tiga kali ganda. Kerajaan British juga memberi hak milik kekal kepada mereka yang membuka tanah untuk menanam getah.

vii) Penglibatan pelabur Eropah

a) Penglibatan pelabur Eropah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah. Penglibatan mereka telah menyebabkan tanaman getah secara besar-besaran terlaksana. Antara syarikat Eropah yang melibatkan diri dengan perusahaan getah ialah Guthrie, Dunlop, Sime Darby, Harrison dan Crosfield. Penglibatan syarikat Eropah telah menyebabkan pengeluaran getah di Tanah Melayu meningkat dengan pesatnya. Cntohnya pada tahun 1914 lebih daripada setengah bekalan getah dunia datangnya dari Tanah Melayu.

Kesimpulan
Jelaslah bahawa pengenalan tanaman getah di Tanah Melayu telah berjaya menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar utama getah dunia. Getah mula menjadi sumber ekonomi penting Tanah Melayu seperti juga bijih timah. Walau bagaimanapun pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an perusahaan getah mengalami kemerosotan akibat kemerosotan ekonomi dunia sehinggakan kerajaan British pada ketika itu terpaksa mengambil beberapa langkah bagi mengatasinya


Perak perlu cari mekanisma baru atasi masalah <b><b>getah</b></b>

Posted: 18 Apr 2014 07:02 PM PDT

Masyarakat luar bandar terutamanya penoreh getah cukup merasa bimbang dengan harga semasa getah atau nama saintifiknya iaitu Hevea Brasiliensis sekarang ini iaitu RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh lagi.

Para penoreh getah yang dahulunya mampu memperolehi dari RM4.50 sehingga RM5.00 sekilogram sekitar pada tahun 2011 yang lalu.

Bagaimanakah nasib penoreh getah terutamanya di Perak dan apakah perancangan agensi Kerajaan untuk mengatasi masalah harga getah ini dalam tempoh terdekat?

Banyak rungutan penoreh getah yang dilaporkan berikutan harga yang begitu rendah dan akan menyukarkan penoreh-penoreh getah terutama di Kampung Pendalaman yang bergantung kepada perusahaan getah ini.
 
Di Negeri Perak masih merupakan kawasan pertanian walaupun perkembangan sektor industri adalah begitu pesat.  Daripada 2,117,54 hektar tanah di Perak, 30% iaitu 631,552 hektar adalah kawasan pertanian.

Beberapa jenis tanaman seperti getah, kelapa sawit, kelapa, buah-buahan, sayur-sayuran, koko, padi, tanaman singkat, tanaman kekal dan pelbagai lain-lain tanaman. Seluas 205,764 hektar merupakan kawasan penanaman getah dari Utara Perak hinggalah ke Selatan Perak.

Dari jumlah itu, 180,591.5 hektar adalah kawasan getah yang telah dikenalpasti dan diuruskan oleh badan-badan Kerajaan dan Swasta.  

Daripada jumlah 180,591.5 hektar yang dikenalpasti itu hanya 147,044.5 hektar yang dimiliki oleh 58,353 orang pekebun kecil getah sahaja yang berdaftar dengan Risda Negeri Perak.
 
Oleh kerana perkembangan pesat tanaman getah di Perak dahulu, sehinggakan terhadap nama Pekan Getah di Tapah Road. Manakala di Kampung Bendang Selising, Sauk, Kuala Kangsar terdapat dua batang pokok getah klon istemewa yang ditanam mampu mengeluarkan susu enam kilogram setiap hari dengan sekali torehan.

Mengikut sejarahnya, pada tahun 1877 tanaman getah di Malaysia telah di bawa masuk dari negara Brasil dan benih terakhir yang di bawa dari Brazil masih ada di Kuala Kangsar.

Jelas tanaman getah ini begitu dekat dengan rakyat Perak terutamanya pada masa dahulu dan mereka yang duduk di ladang-ladang sehingga kini. Banyak faktor penyebab perkembangan tanaman getah telah berubah dan yang paling kritikalnya kerana harga pasaran getah mencatatkan penurunan yang membimbangkan.
 
Ianya turut akan menjejaskan agensi di bawah Kerajaan Negeri Perak iaitu Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang mempunyai tiga buah ladang seluas 2998.0 hektar yang telah dimajukan dalam tahun 2012.

SADC telah mula memajukan tapak semaian getah pada Ogos 2011, tapak semaian seluas dua hektar ini terletak di lokasi yang sama dengan kapasiti sebanyak 560,000 anak benih getah. Sudah tentu nasib buruk akan bakal ditanggung oleh SADC jika melihat kepada perkembangan harga getah kini.

Ini tidak termasuk di Felda Wilayah Trolak yang terdapat 21 perancangan Felda di seluruh Perak khasnya yang menguruskan tanaman getah. Sudah tentu akan memberikan kesan terutamanya pelaburan tanaman getah akan menjejaskan sektor ekonomi menyeluruh di atas penjualan getah.
 
Saya merasakan beberapa langkah daripada agensi Kerajaan yang terlibat seperti program tanam semula getah ke getah (TSGG), tanaman baharu komoditi getah (TBKG) Projek di bawah Skim Tanam Semula di Felda-Felda tidak banyak memberikan sumbangan kepada nilai jualan getah semasa.

Ini ditambah telah ada kawasan-kawasan yang dahulunya melakukan penanaman getah telah menjual tanah-tanah mereka. Dan hasilnya telah banyak pembangunan perumahan-perumahan yang telah dibangunkan.

Dengan nilai RM85,000 tanah getah 9.615 ekar di Redang Panjang, Ijok hanya menunggu jualannya. Dan ada juga seperti kebun getah di Batu 25, Mukim Hulu Ijok, Selama seluas 2.84 ekar yang mempunyai pokok getah serta mempunyai hasil dengan harga RM70,000 juga akan bakal menerima nasib yang sama.
 
Semua ini penyumbang ke atas suasana yang berlaku dengan tanaman getah yang seperti 'sudah jatuh di timpa tangga'. Satu pelan jangka masa pendek dan panjang perlu dibentangkan daripada semua agensi Kerajaan yang terlibat.

Bagi saya, Kerajaan Negeri khasnya juga tidak terlepas di dalam memastikan kadar nilai jualan harga getah boleh diberikan 'nafas baru' seperti menyuntik ruang dan peluang peruntukan khas kepada pengusaha tanaman getah.

Kerangka bidang kuasa yang ada mampu 'menyumburkan' tanaman semula getah di seluruh Perak khasnya. Ini kerana tanah-tanah yang subur di Perak akan mampu mengembangkan bidang industri untuk kembali di Perak kelak.

Kerajaan Negeri perlu serius dan peka perkembangan industri getah untuk memastikan ianya terus kekal sebagai salah satu pembekal terbesar hasil pertanian iaitu getah.

Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak.

No comments:

Post a Comment

 
© 2014. Design by Blogger