Baja organik, vitamin I'M BIO BOOSTER, PAGA-Q - Tanah 2 <b>Getah</b> |
- Baja organik, vitamin I'M BIO BOOSTER, PAGA-Q - Tanah 2 <b>Getah</b>
- Deklarasi Baling 2014 sempena Himpunan Derita Rakyat 2.0
- Tinjau Peluang <b><b>Tanaman Getah</b></b> Di <b>...</b> - Tanah 2 Getah
Baja organik, vitamin I'M BIO BOOSTER, PAGA-Q - Tanah 2 <b>Getah</b> Posted: 24 Mar 2014 01:24 PM PDT VITAMIN, KAWALAN KULAT DAN SERANGGA PAGA-Q KHAS UNTUK POKOK GETAH. PAGA-Q adalah vitamin bio organik khas untuk pokok getah juga dihasilkan bersama bagi kawalan kulat dan serangga perosak yang dicipta dari teknologi tinggi IMO yang mengaktifkan unsur nutrien (N, P,K, Ca, Mg, S, Cu, Fe, Mn, Mo, B, CI, Zn) untuk keperluan tanaman berkali ganda. Vitamin, kawalan kulat dan serangga PAGA-Q merupakan produk keluaran BMU IMO TECHNOLOGY yang dihasilkan khusus untuk tanaman getah . Dirumuskan dalam satu pakej 3 in 1 dimana Vitamin, kawalan kulat dan serangga PAGA-Q merupakan pakej lengkap yang mengandungi vitamin, kawalan kulat dan serangga untuk tanaman getah . Vitamin, kawalan kulat dan serangga PAGA-Q ini amat berkesan dan menjimatkan kos . Dihasilkan dan dirumus dari teknologi IM, digabungkan dengan teknologi terkini serta kajian menyeluruh PAGA-Q merupakan vitamin yang paling ideal untuk tanaman getah. Dengan penggunaan mikroorganisma baik di dalam vitamin, kawalan kulat dan serangga ini akan dapat mengembalikan kehadiran makro dan mikro penting di dalam tanah dan pada masa yang sama merangsang pertumbuhan pokok juga penghasilan susu getah yang meningkat. Vitamin, kawalan kulat dan serangga PAGA-Q mampu menambahkan hasil tanaman getah dengan kelebihan ciri-ciri menigkatkan pengeluaran susu getah, meningkatkan peratusan kandungan getah kering(DRC%), mempercepatkan pertumbuhan tunas dan pucuk baru bagi anak getah, mencegah dan merawat kekeringan pada kulit pokok getah, melembutkan kulit pokok bagi memudahkan proses torehan, merawat kulit pokok yang rosak atau luka disebabkan proses torehan, mencegah kebanyakan penyakit pokok getah seperti serangan kulat, penyakit pink, penyakit pada tunas dan daun, juga serangan bekteria perosak pada akar dan pokok.. Dari hasil pelbagai ujian dijalankan terbukti vitamin, kawalan kulat dan serangga PAGA-Q dapat menggandakan hasil tanaman getah dan amat menjimatkan kos pembajaan(hampir 1500 pokok getah mampu disembur dengan penggunaan 4 liter Vitamin, kawalan kulat dan serangga PAGA-Q) . Penggunaan bahan kimia dan bahan organik yang tidak sesuai dan tidak terkawal telah menyebabkan banyak kawasan tanaman getah menghadapi masalah tanah rosak dan tercemar. Ini menyebabkan pokok getah tidak dapat tumbuh dengan sihat juga menyingkatkan hayat pokok dan amat merugikan pekebun. Dengan penggunaan Vitamin, Kawalan Serangga dan kulat PAGA-Q secara berterusan akan dapat memulihkan tanah dan menyuburkan kembali tanah yang rosak. Vitamin, Kawalan Serangga dan kulat PAGA-Q juga didatangkan khas bersama kawalan serangga perosak tanaman getah. Dengan penggunaan Vitamin, Kawalan Serangga dan kulat PAGA-Q ini akan dapat melindungi tanaman getah dari serangan serangga perosak dan penyakit kulat. Telah terbukti dengan penggunaan Vitamin, Kawalan Serangga dan kulat PAGA-Q ini berjaya meningkatkan hasil tanaman getah apabila serangan serangga perosak, kulat dan penyakit pokok getah dapat dihindari. Di harap dengan terhasilnya Vitamin, Kawalan Serangga dan kulat PAGA-Qini akan dapat menggandakan hasil tanaman getah dan pada masa yang sama dapat menjimatkan kos pekebun dari segi kawalan kulat dan serangga perosak. Penggunaan 100% bahan organik di dalam menghasilkan Vitamin dan Kawalan Serangga dan kulat PAGA-Q ini diharap akan mencapai sasaran pengunaan bahan kimia 'sifar' di dalam tanaman getah dan pekebun memperolehi hasil yang meningkat, keuntungan berganda, selamat digunakan juga tanpa bahan kimia yang memudaratkan pengguna dan alam sekitar. *PEGUNAAN BAJA PAGA-Q DISARANKAN 30 HARI SEKALI SEMBURAN. *KESAN BAJA PAGA-Q PADA POKOK GETAH ANTARA 90 HINGGA 120 HARI. *SEMBURAN PADA KESELURUHAN POKOK BAGI POKOK KECIL, BAGI POKOK BESAR SEMBURAN PADA BATANG 3 KAKI DARI ATAS KE PANGKAL ATAU DARI TEMPAT TOREHAN KE PANGKAL POKOK. *KADAR PENGGUNAAN BAJA BERGANTUNG PADA SAIZ POKOK MENGIKUT KESESUAIAN. *HARGA PASARAN – 4 LITER = RM 160.00 / 2 LITER = RM 80.00 |
Deklarasi Baling 2014 sempena Himpunan Derita Rakyat 2.0 Posted: 06 Apr 2014 08:30 PM PDT
• Empat puluh tahun lalu, bumi Baling ini telah memahat sejarah, membuka mata tentang keperitan derita rakyat, sengsara dihiris kemiskinan. • Selepas empat dekad berlalu, tatkala kerajaan gah melaungkan slogan-slogan kejayaan, berbangga tentang pantasnya kemajuan dan pesatnya pembangunan, rakyat sebenarnya kian terhimpit dan tertekan. • Derita rakyat makin parah dengan lonjakan kos sara hidup, peningkatan memuncak harga keperluan asas, bebanan kenaikan tarif elektrik dan bekalan air, saban tahun semakin berat. • Tidak memadai dengan pengurangan subsidi, rampasan royalti, kenaikan kos insuran, pengangkutan, perubatan dan pendidikan tinggi, rakyat dipaksa berkorban lagi dengan kemunculan GST. • Semua ini menambah sengsara, khususnya golongan penoreh dan pekebun kecil getah yang sedang terjerumus dalam kesukaran yang tiada kesudahan, akibat pendapatan mereka tidak lagi dapat menampung kos kehidupan harian. • Kesejahteraan rakyat terus merosot apabila harga komoditi getah di ladang dibiarkan terus menjunam. Jurang pendapatan makin melebar antara penoreh dan pekebun kecil dengan pengilang, pemborong, dan syarikat-syarikat milik agensi yang bertanggunjawab menguruskan sektor ini; • Tiada jaminan, tanpa rancangan pembelaan, manipulasi berleluasa, agensi dan syarikat menjadi super kaya, penoreh getah terus menerus sengsara. MAKA, Peserta Himpunan Derita Rakyat 2.0, pada tanggal 5 April 2014, di Kupang, Baling Kedah Darul Aman, menegaskan bahawa: 1. Pembangunan Tanpa Kenaikan Kos. Pembangunan negara tidak lagi berteraskan kenaikan kos sara hidup yang dipaksakan ke atas rakyat, sebaliknya wajib berasaskan pemimpin yang amanah, pengurusan bebas rasuah, peningkatan integriti, kecekapan agensi dan anti kebocoran dan keborosan. 2. Harga Lantai RM4.00/kg. Penetapan harga lantai komodoti getah di ladang pada kadar RM4 sekilogram harus dilaksanakan segera. Kadar ini wajar kerana kos pengeluaran sebenar yang ditanggung oleh penoreh/pekebun kecil adalah sebanyak RM3.20 sekilogram. 3. Caj Kilang Dikawal Oleh Kerajaan. Kos pengilangan getah yang terlalu tinggi tidak boleh ditanggung oleh pekebun kecil sepenuhnya, sebaliknya ditentukan dengan campurtangan kerajaan melalui pengawasan dan penguatkuasaan undang-undang. Kadar maksima caj pengilang sewajarnya tidak melebihi RM1.00/kg, dikongsi bersama oleh pengilang dan pengeluar. 4. Sukatan DRC Secara Saintifik. Dried Rubber Content (DRC) harus ditentukan secara saintifik. Lembaga Getah Malaysia (LGM) wajib menguatkuasakan penggunaan tolok penyukat DRC untuk mengelak manipulasi harga akibat penentuan kadar DRC berdasarkan andaian oleh peraih dan pengilang. 5. Hentikan Pemotongan Cukai Ses. Pemotongan cukai ses, yang mengakibatkan pekebun kehilangan sebahagian pendapatan mereka wajar ditamatkan. Kos penyelididikan dan tanaman semula getah tidak boleh dibebankan kepada pekebun kecil melalui cukai ses, sebaliknya dana untuk tujuan ini diperuntukan daripada sumber lain. 6. Subsidi Tanaman Semula Getah. Bantuan tanaman semula getah diberikan sebagai subsidi, seperti yang dinikmati oleh pesawah dan nelayan. Malahan subsidi telah lama dinikmati oleh banyak sektor lain termasuk sektor industri tenaga. 7. Subsidi Baja. Selaras dengan kepentingan industri berasaskan komoditi getah, dan sumbangan besar sektor ini kepada pembangunan rakyat dan negara Malaysia, kerajaan wajar memberikan subsidi baja selama 25 tahun kepada semua pekebun kecil bagi memastikan produktiviti pokok getah dapat dikekalkan selama ia dapat memberikan pulangan kepada pekebun kecil. 8. Penentuan Harga Tidak Dikawal Spenuhnya Oleh Pengilang. Mekanisme penentuan harga SMR20 tidak lagi hanya bergantung kepada tawaran harga pengilang-pengilang yang menganggotai Panel Penasihat Harga LGM, tetapi harus mengambiilkira kos dan kesan yang ditanggung oleh penoreh dan pekebun kecil. 9. Rombakan Besar-besaran Agensi. Agensi-agensi yang dirubuhkan untuk menguruskan industri getah dan membantu pekebun kecil dan penoreh harus dirombak, kembali berfungis selari dengan matlamat penubuhannya. Agensi agensi kini telah dilihat lebih berorentasikan perniagaan dan keuntungan mereka sahaja. 10. Kepimpinan Baharu Pertubuhan Kebangsaan Pekebun Kecil Getah. Pertubuhan dan persatuan yang mewakili pekebun dan penoreh tidak boleh dibiarkan menjadi lubuk meraih pengaruh, habuan dan kuasa politik. Kepimpinan yang ada kini telah menjadi berubah menjadi wakil pihak industri dan agensi, daripada fungsi sebenar menyuarakan tuntutan pekebun kecil. Dimeterai di Himpunan Derita Rakyat 2.0, Baling Kedah Darul Aman Oleh: 1. Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah (PAS Kedah) |
Tinjau Peluang <b><b>Tanaman Getah</b></b> Di <b>...</b> - Tanah 2 Getah Posted: 06 Feb 2014 01:36 PM PST Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama 20 Dec 2013, 11:13pm by mahirah shah Felcra Berhad meninjau peluang membeli tanah tanaman getah seluas 16,000 hektar di Kemboja. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ramlee Abu Bakar jika urusniaga itu berjaya pihaknya berhasrat memulakan tanaman pada pertengahan tahun 2014. Beliau ditemui pada pengumuman dividen interim ke-2, siang tadi. Dividen melibatkan nilaian lebih RM120 juta itu akan diagihkan kepada 73,423 peserta yang layak. Sementara itu, Datuk Ramlee berkata pihaknya masih mengenal pasti anak syarikat yang berpotensi untuk di senarai di Bursa Malaysia. About Media Prima Digital | Advertise | Contact Us | Terms of Use | RSS Feed | Help Paparan terbaik gunakan browser Firefox, Chrome atau Safari dengan resolusi 1280*1024 px. Adobe Flash Player diperlukan untuk melihat aplikasi tertentu dalam laman web ini. Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) All Rights Reserved 2013 |
You are subscribed to email updates from tanaman getah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment