Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Sunday 13 April 2014

Lawatan Pelajar-Pelajar Asia Pacific Smart School (APSS) ke Pusat Pameran Barangan Getah Antarabangsa Malaysia (IRPEC)

No comments:
 
Posted: 03 Apr 2014 05:00 AM PDT

Berita - Lawatan Pelajar-Pelajar Asia Pacific Smart School (APSS) ke Pusat Pameran Barangan Getah Antarabangsa Malaysia (IRPEC)

Lawatan Pelajar-Pelajar Asia Pacific Smart School (APSS) ke Pusat Pameran Barangan Getah Antarabangsa Malaysia (IRPEC)

Pada 3 April 2014 Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar Asia Pacific Smart School (APSS). Tujuan lawatan diadakan adalah untuk memberi pemahaman dan pendedahan kepada pelajar mengenai aktiviti LGM dan industri getah Malaysia. Seramai 40 orang pelajar dan 3 guru pengiring telah terlibat dalam lawatan tersebut.

Pelajar-pelajar telah diberi taklimat dan penerangan oleh En. Hairul Ishyam Hasan Pegawai Penyelidik di IRPEC mengenai peranan LGM dalam pembangunan dan penyelidikan industri getah terutama dalam sektor hiliran. Pelajar-pelajar telah dibawa melawat sekitar kawasan pameran yang mempamerkan barangan getah mengikut sektor kegunaan seperti kejuruteraan, maritim, kesihatan, pengangkutan dan lain-lain.

APSS merupakan Sekolah Bestari yang terletak di Subang, Selangor yang memberi penekanan dalam bidang teknologi dan inovasi kepada pelajarnya. Lawatan ini dilihat mampu memberi pendedahan kepada pelajar tentang produk berasaskan getah yang dihasilkan oleh LGM. Pelajar-pelajar juga diberikan pendedahan tentang teknologi yang digunakan dalam penghasilan barangan getah khususnya dalam bidang hiliran seperti teknologi hijau iaitu getah Ekoprena dan Pureprena. Selain itu juga, pelajar-pelajar turut didedahkan dengan alat seismic bearing iaitu alat kalis gempa bumi yang digunakan dalam pembinaan Jambatan Pulau Pinang Ke-2. Alat ini bertujuan untuk mengurangkan kesan getaran bagi mengurangkan risiko keretakan ketika berlakunya sebarang gegaran yang tidak dikehendaki.

Diharap dengan lawatan ini mampu memberikan para pelajar APSS pendedahan yang lebih jelas tentang tentang industri getah Malaysia terutama penghasilan barangan berasaskan getah.

‘Selfie’ para pelajar APSS di Pusat Pameran Barangan Getah Antarabangsa Malaysia. Pelajar dan guru pengiring bergambar kenang-kenangan dihadapan IRPEC. ‘Selfie’ para pelajar APSS bersama pengiring di Pusat Pameran Barangan Getah Antarabangsa Malaysia.
'Selfie' para pelajar APSS di Pusat Pameran Barangan Getah Antarabangsa Malaysia. Pelajar dan guru pengiring bergambar kenang-kenangan dihadapan IRPEC. 'Selfie' para pelajar APSS bersama pengiring di Pusat Pameran Barangan Getah Antarabangsa Malaysia.

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger