Perak perlu cari mekanisma baru atasi masalah <b>getah</b> - Harakah Daily |
Perak perlu cari mekanisma baru atasi masalah <b>getah</b> - Harakah Daily Posted: 11 Apr 2014 12:22 AM PDT
Masyarakat luar bandar terutamanya penoreh getah cukup merasa bimbang dengan harga semasa getah atau nama saintifiknya iaitu Hevea Brasiliensis sekarang ini iaitu RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh lagi. Para penoreh getah yang dahulunya mampu memperolehi dari RM4.50 sehingga RM5.00 sekilogram sekitar pada tahun 2011 yang lalu. Bagaimanakah nasib penoreh getah terutamanya di Perak dan apakah perancangan agensi Kerajaan untuk mengatasi masalah harga getah ini dalam tempoh terdekat? Banyak rungutan penoreh getah yang dilaporkan berikutan harga yang begitu rendah dan akan menyukarkan penoreh-penoreh getah terutama di Kampung Pendalaman yang bergantung kepada perusahaan getah ini. Beberapa jenis tanaman seperti getah, kelapa sawit, kelapa, buah-buahan, sayur-sayuran, koko, padi, tanaman singkat, tanaman kekal dan pelbagai lain-lain tanaman. Seluas 205,764 hektar merupakan kawasan penanaman getah dari Utara Perak hinggalah ke Selatan Perak. Dari jumlah itu, 180,591.5 hektar adalah kawasan getah yang telah dikenalpasti dan diuruskan oleh badan-badan Kerajaan dan Swasta. Daripada jumlah 180,591.5 hektar yang dikenalpasti itu hanya 147,044.5 hektar yang dimiliki oleh 58,353 orang pekebun kecil getah sahaja yang berdaftar dengan Risda Negeri Perak. Mengikut sejarahnya, pada tahun 1877 tanaman getah di Malaysia telah di bawa masuk dari negara Brasil dan benih terakhir yang di bawa dari Brazil masih ada di Kuala Kangsar. Jelas tanaman getah ini begitu dekat dengan rakyat Perak terutamanya pada masa dahulu dan mereka yang duduk di ladang-ladang sehingga kini. Banyak faktor penyebab perkembangan tanaman getah telah berubah dan yang paling kritikalnya kerana harga pasaran getah mencatatkan penurunan yang membimbangkan. SADC telah mula memajukan tapak semaian getah pada Ogos 2011, tapak semaian seluas dua hektar ini terletak di lokasi yang sama dengan kapasiti sebanyak 560,000 anak benih getah. Sudah tentu nasib buruk akan bakal ditanggung oleh SADC jika melihat kepada perkembangan harga getah kini. Ini tidak termasuk di Felda Wilayah Trolak yang terdapat 21 perancangan Felda di seluruh Perak khasnya yang menguruskan tanaman getah. Sudah tentu akan memberikan kesan terutamanya pelaburan tanaman getah akan menjejaskan sektor ekonomi menyeluruh di atas penjualan getah. Ini ditambah telah ada kawasan-kawasan yang dahulunya melakukan penanaman getah telah menjual tanah-tanah mereka. Dan hasilnya telah banyak pembangunan perumahan-perumahan yang telah dibangunkan. Dengan nilai RM85,000 tanah getah 9.615 ekar di Redang Panjang, Ijok hanya menunggu jualannya. Dan ada juga seperti kebun getah di Batu 25, Mukim Hulu Ijok, Selama seluas 2.84 ekar yang mempunyai pokok getah serta mempunyai hasil dengan harga RM70,000 juga akan bakal menerima nasib yang sama. Bagi saya, Kerajaan Negeri khasnya juga tidak terlepas di dalam memastikan kadar nilai jualan harga getah boleh diberikan 'nafas baru' seperti menyuntik ruang dan peluang peruntukan khas kepada pengusaha tanaman getah. Kerangka bidang kuasa yang ada mampu 'menyumburkan' tanaman semula getah di seluruh Perak khasnya. Ini kerana tanah-tanah yang subur di Perak akan mampu mengembangkan bidang industri untuk kembali di Perak kelak. Kerajaan Negeri perlu serius dan peka perkembangan industri getah untuk memastikan ianya terus kekal sebagai salah satu pembekal terbesar hasil pertanian iaitu getah. Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak. |
You are subscribed to email updates from cara menanam getah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment