Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Wednesday, 30 April 2014

<b>Harga</b> Rumah <b>di Malaysia</b> Naik Lagi (KL 37.66%), (Selangor 19.91%)

Posted:

Walaupun terdapat langkah-langkah untuk mengurangkan momentum kenaikan harga rumah di Malaysia, tetapi berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap Laporan Pasaran Harta 2013 yang dikeluarkan oleh Jabatan ...

Perak perlu cari mekanisma baru atasi masalah <b><b>getah</b></b>

Posted: 18 Apr 2014 07:02 PM PDT

Masyarakat luar bandar terutamanya penoreh getah cukup merasa bimbang dengan harga semasa getah atau nama saintifiknya iaitu Hevea Brasiliensis sekarang ini iaitu RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh lagi.

Para penoreh getah yang dahulunya mampu memperolehi dari RM4.50 sehingga RM5.00 sekilogram sekitar pada tahun 2011 yang lalu.

Bagaimanakah nasib penoreh getah terutamanya di Perak dan apakah perancangan agensi Kerajaan untuk mengatasi masalah harga getah ini dalam tempoh terdekat?

Banyak rungutan penoreh getah yang dilaporkan berikutan harga yang begitu rendah dan akan menyukarkan penoreh-penoreh getah terutama di Kampung Pendalaman yang bergantung kepada perusahaan getah ini.
 
Di Negeri Perak masih merupakan kawasan pertanian walaupun perkembangan sektor industri adalah begitu pesat.  Daripada 2,117,54 hektar tanah di Perak, 30% iaitu 631,552 hektar adalah kawasan pertanian.

Beberapa jenis tanaman seperti getah, kelapa sawit, kelapa, buah-buahan, sayur-sayuran, koko, padi, tanaman singkat, tanaman kekal dan pelbagai lain-lain tanaman. Seluas 205,764 hektar merupakan kawasan penanaman getah dari Utara Perak hinggalah ke Selatan Perak.

Dari jumlah itu, 180,591.5 hektar adalah kawasan getah yang telah dikenalpasti dan diuruskan oleh badan-badan Kerajaan dan Swasta.  

Daripada jumlah 180,591.5 hektar yang dikenalpasti itu hanya 147,044.5 hektar yang dimiliki oleh 58,353 orang pekebun kecil getah sahaja yang berdaftar dengan Risda Negeri Perak.
 
Oleh kerana perkembangan pesat tanaman getah di Perak dahulu, sehinggakan terhadap nama Pekan Getah di Tapah Road. Manakala di Kampung Bendang Selising, Sauk, Kuala Kangsar terdapat dua batang pokok getah klon istemewa yang ditanam mampu mengeluarkan susu enam kilogram setiap hari dengan sekali torehan.

Mengikut sejarahnya, pada tahun 1877 tanaman getah di Malaysia telah di bawa masuk dari negara Brasil dan benih terakhir yang di bawa dari Brazil masih ada di Kuala Kangsar.

Jelas tanaman getah ini begitu dekat dengan rakyat Perak terutamanya pada masa dahulu dan mereka yang duduk di ladang-ladang sehingga kini. Banyak faktor penyebab perkembangan tanaman getah telah berubah dan yang paling kritikalnya kerana harga pasaran getah mencatatkan penurunan yang membimbangkan.
 
Ianya turut akan menjejaskan agensi di bawah Kerajaan Negeri Perak iaitu Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang mempunyai tiga buah ladang seluas 2998.0 hektar yang telah dimajukan dalam tahun 2012.

SADC telah mula memajukan tapak semaian getah pada Ogos 2011, tapak semaian seluas dua hektar ini terletak di lokasi yang sama dengan kapasiti sebanyak 560,000 anak benih getah. Sudah tentu nasib buruk akan bakal ditanggung oleh SADC jika melihat kepada perkembangan harga getah kini.

Ini tidak termasuk di Felda Wilayah Trolak yang terdapat 21 perancangan Felda di seluruh Perak khasnya yang menguruskan tanaman getah. Sudah tentu akan memberikan kesan terutamanya pelaburan tanaman getah akan menjejaskan sektor ekonomi menyeluruh di atas penjualan getah.
 
Saya merasakan beberapa langkah daripada agensi Kerajaan yang terlibat seperti program tanam semula getah ke getah (TSGG), tanaman baharu komoditi getah (TBKG) Projek di bawah Skim Tanam Semula di Felda-Felda tidak banyak memberikan sumbangan kepada nilai jualan getah semasa.

Ini ditambah telah ada kawasan-kawasan yang dahulunya melakukan penanaman getah telah menjual tanah-tanah mereka. Dan hasilnya telah banyak pembangunan perumahan-perumahan yang telah dibangunkan.

Dengan nilai RM85,000 tanah getah 9.615 ekar di Redang Panjang, Ijok hanya menunggu jualannya. Dan ada juga seperti kebun getah di Batu 25, Mukim Hulu Ijok, Selama seluas 2.84 ekar yang mempunyai pokok getah serta mempunyai hasil dengan harga RM70,000 juga akan bakal menerima nasib yang sama.
 
Semua ini penyumbang ke atas suasana yang berlaku dengan tanaman getah yang seperti 'sudah jatuh di timpa tangga'. Satu pelan jangka masa pendek dan panjang perlu dibentangkan daripada semua agensi Kerajaan yang terlibat.

Bagi saya, Kerajaan Negeri khasnya juga tidak terlepas di dalam memastikan kadar nilai jualan harga getah boleh diberikan 'nafas baru' seperti menyuntik ruang dan peluang peruntukan khas kepada pengusaha tanaman getah.

Kerangka bidang kuasa yang ada mampu 'menyumburkan' tanaman semula getah di seluruh Perak khasnya. Ini kerana tanah-tanah yang subur di Perak akan mampu mengembangkan bidang industri untuk kembali di Perak kelak.

Kerajaan Negeri perlu serius dan peka perkembangan industri getah untuk memastikan ianya terus kekal sebagai salah satu pembekal terbesar hasil pertanian iaitu getah.

Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak.

Tuesday, 29 April 2014

Kerajaan perlu tetapkan <b>harga</b> lantai <b>getah</b> - BNBBC

Beliau menambah, jasa rakyat di luar bandar ini harus dikenang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memperolehi majoriti undi besar pada PRU lalu. getahbeku �Harga getah beku 1 kilogram adalah RM2.60 sahaja. kalau toreh pokok ...

Sabah rubber board opts for gas

Sabah rubber board opts for gas

Posted: 28 Apr 2014 06:31 PM PDT

By KRISTY INUS | kristy@nst.com.my

CHEAPER ALTERNATIVE TO DIESEL: Move can save up to 40pc of processing cost, reduce carbon footing

SABAH'S rubber industry will start using natural gas as a cheaper alternative to diesel in rubber processing, potentially saving up to 40 per cent in its cost, apart from reducing carbon footprint.

Towards this end, the Sabah Rubber Industry Board (SRIB), via subsidiary Tuaran Crumb Sdn Bhd, yesterday signed a sales and purchase agreement with Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC), an organisation tasked to develop energy resources in the state and Labuan.

The agreement will see SEC supplying natural gas to Tuaran Crumb's Standard Malaysian Rubber (SMR) factory at Kampung Sungai Damit, Tuaran — the largest crude rubber processing in the state with a capacity of producing 60,000 tonnes of tyre-grade SMR grade rubber annually.

Sabah's Deputy Chief Minister Datuk Yahya Hussin, who is also the state's Agriculture and Food Industry Minister, witnessed the signing between SRIB chairman Datuk Ahmad Bujang and SEC chief executive officer Datuk Harun Ismail.

Ahmad Bujang said the board expects to start receiving the natural gas once the Virtual Pipeline System (VPS) is completed from SEC station in Kota Kinabalu Industrial Park to the factory some time this year.

"The natural gas will replace the diesel used for the rubber drying (phase) in the rubber processing.

"We have spent RM3.2 million on this when using diesel but we could reduce it to RM2 million if we start using natural gas, saving RM1.2 million per year. We will of course save more than this if we increase our production rate in future.

"Besides energy savings, the conversion will also help the company reduce its carbon footprint with decreased emission of green house gases," Ahmad Bujang said after the signing.

[PIC] Sabah Deputy Chief Minister Datuk Yahya Hussin (second from right) witnessing the exchange of documents between SRIB chairman Datuk Ahmad Bujang (right) and Sabah Energy Corporation chief executive Datuk Harun Ismail in Kota Kinabalu yesterday. With them is Resource Development and Information Technoogy Minister Datuk Siringan Gubat. Pic by Malai Rosmah Tuah

Read more: Sabah rubber board opts for gas – Nation – New Straits Times http://www.nst.com.my/business/nation/sabah-rubber-board-opts-for-gas-1.562311#ixzz30Eb2E4Xb

Information in this page was last updated on 29 April, 2014.

Monday, 28 April 2014

<b>Harga Getah</b> terus jatuh, peneroka tekad demo <b>di</b> kubu kuat Umno <b>...</b>

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sebelum ini berkata penurunan mendadak harga getah itu bakal membuka ruang krisis sosio-ekonomi baru rakyat Malaysia sekiranya ...

IPOH MALAY: Apabila &lt;b&gt;<b>harga</b>&lt;/b&gt; komoditi &lt;b&gt;<b>getah</b>&lt;/b <b>...</b>

Posted:

Malaysia bukan pengeluar paling atas komoditi getah. Jika mahu adil ... Lupakah mereka semasa harga getah menjadi RM15 sekilo sehingga pokok-pokok getah di kebun-kebun terbiar kembali ditoreh? Sehingga ada .

&quot; Derita Peneroka <b>Harga Getah</b> Jatuh Lagi RM1.80 Sekilo. Beli Gula <b>...</b>

Posted:

Rakyat luar bandar, kampong-kampong tradisional dan para peneroka Felda yang bergantung harap dengan hasil getah kini sedang menjerit dan memekik memanggil para pemimpin UMNO supaya lihat akan nasib yang menimpa mereka kini. Dulu kais pagi makan pagi kais petang .... 3:57 PM " Pengasas Sendayu Tinggi Mengesahkan Diskriminasi Wanita Berpurdah Di Malaysia Antara Sebab Beliau Tidak Lagi Berpurdah ". 12:07 PM " Tapak Bazar Ramadhan ...

Perak perlu cari mekanisma baru atasi masalah <b><b><b>getah</b></b></b>

Posted: 23 Apr 2014 07:29 PM PDT

Masyarakat luar bandar terutamanya penoreh getah cukup merasa bimbang dengan harga semasa getah atau nama saintifiknya iaitu Hevea Brasiliensis sekarang ini iaitu RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh lagi.

Para penoreh getah yang dahulunya mampu memperolehi dari RM4.50 sehingga RM5.00 sekilogram sekitar pada tahun 2011 yang lalu.

Bagaimanakah nasib penoreh getah terutamanya di Perak dan apakah perancangan agensi Kerajaan untuk mengatasi masalah harga getah ini dalam tempoh terdekat?

Banyak rungutan penoreh getah yang dilaporkan berikutan harga yang begitu rendah dan akan menyukarkan penoreh-penoreh getah terutama di Kampung Pendalaman yang bergantung kepada perusahaan getah ini.
 
Di Negeri Perak masih merupakan kawasan pertanian walaupun perkembangan sektor industri adalah begitu pesat.  Daripada 2,117,54 hektar tanah di Perak, 30% iaitu 631,552 hektar adalah kawasan pertanian.

Beberapa jenis tanaman seperti getah, kelapa sawit, kelapa, buah-buahan, sayur-sayuran, koko, padi, tanaman singkat, tanaman kekal dan pelbagai lain-lain tanaman. Seluas 205,764 hektar merupakan kawasan penanaman getah dari Utara Perak hinggalah ke Selatan Perak.

Dari jumlah itu, 180,591.5 hektar adalah kawasan getah yang telah dikenalpasti dan diuruskan oleh badan-badan Kerajaan dan Swasta.  

Daripada jumlah 180,591.5 hektar yang dikenalpasti itu hanya 147,044.5 hektar yang dimiliki oleh 58,353 orang pekebun kecil getah sahaja yang berdaftar dengan Risda Negeri Perak.
 
Oleh kerana perkembangan pesat tanaman getah di Perak dahulu, sehinggakan terhadap nama Pekan Getah di Tapah Road. Manakala di Kampung Bendang Selising, Sauk, Kuala Kangsar terdapat dua batang pokok getah klon istemewa yang ditanam mampu mengeluarkan susu enam kilogram setiap hari dengan sekali torehan.

Mengikut sejarahnya, pada tahun 1877 tanaman getah di Malaysia telah di bawa masuk dari negara Brasil dan benih terakhir yang di bawa dari Brazil masih ada di Kuala Kangsar.

Jelas tanaman getah ini begitu dekat dengan rakyat Perak terutamanya pada masa dahulu dan mereka yang duduk di ladang-ladang sehingga kini. Banyak faktor penyebab perkembangan tanaman getah telah berubah dan yang paling kritikalnya kerana harga pasaran getah mencatatkan penurunan yang membimbangkan.
 
Ianya turut akan menjejaskan agensi di bawah Kerajaan Negeri Perak iaitu Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang mempunyai tiga buah ladang seluas 2998.0 hektar yang telah dimajukan dalam tahun 2012.

SADC telah mula memajukan tapak semaian getah pada Ogos 2011, tapak semaian seluas dua hektar ini terletak di lokasi yang sama dengan kapasiti sebanyak 560,000 anak benih getah. Sudah tentu nasib buruk akan bakal ditanggung oleh SADC jika melihat kepada perkembangan harga getah kini.

Ini tidak termasuk di Felda Wilayah Trolak yang terdapat 21 perancangan Felda di seluruh Perak khasnya yang menguruskan tanaman getah. Sudah tentu akan memberikan kesan terutamanya pelaburan tanaman getah akan menjejaskan sektor ekonomi menyeluruh di atas penjualan getah.
 
Saya merasakan beberapa langkah daripada agensi Kerajaan yang terlibat seperti program tanam semula getah ke getah (TSGG), tanaman baharu komoditi getah (TBKG) Projek di bawah Skim Tanam Semula di Felda-Felda tidak banyak memberikan sumbangan kepada nilai jualan getah semasa.

Ini ditambah telah ada kawasan-kawasan yang dahulunya melakukan penanaman getah telah menjual tanah-tanah mereka. Dan hasilnya telah banyak pembangunan perumahan-perumahan yang telah dibangunkan.

Dengan nilai RM85,000 tanah getah 9.615 ekar di Redang Panjang, Ijok hanya menunggu jualannya. Dan ada juga seperti kebun getah di Batu 25, Mukim Hulu Ijok, Selama seluas 2.84 ekar yang mempunyai pokok getah serta mempunyai hasil dengan harga RM70,000 juga akan bakal menerima nasib yang sama.
 
Semua ini penyumbang ke atas suasana yang berlaku dengan tanaman getah yang seperti 'sudah jatuh di timpa tangga'. Satu pelan jangka masa pendek dan panjang perlu dibentangkan daripada semua agensi Kerajaan yang terlibat.

Bagi saya, Kerajaan Negeri khasnya juga tidak terlepas di dalam memastikan kadar nilai jualan harga getah boleh diberikan 'nafas baru' seperti menyuntik ruang dan peluang peruntukan khas kepada pengusaha tanaman getah.

Kerangka bidang kuasa yang ada mampu 'menyumburkan' tanaman semula getah di seluruh Perak khasnya. Ini kerana tanah-tanah yang subur di Perak akan mampu mengembangkan bidang industri untuk kembali di Perak kelak.

Kerajaan Negeri perlu serius dan peka perkembangan industri getah untuk memastikan ianya terus kekal sebagai salah satu pembekal terbesar hasil pertanian iaitu getah.

Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak.

Cikgu Razak: SEJ T 6 Perkembangan Perusahaan <b>Getah</b> di Tanah <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2011 06:07 AM PST

Perkembangan Perusahaan Getah di Tanah Melayu

Pengenalan

Getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1880-an. Sebelumnya, tanaman yang popular ialah kopi, gambir dan lada hitam. Pada tahun 1876, Pengarah Taman Kew di London iaitu Joseph Hooker telah menghantar Henry Wickham ke Brazil untuk mendapatkan bijih benih getah. Sebanyak 70 ribu bijih benih getah dibawa ke England dan disemai di Taman Kew, London. Tiga ribu bijih benih dari Taman Kew kemudian dihantar ke tanah jajahan British terutamanya ke Sri Lanka, dan Singapura. Pada tahun 1877, 22 ribu bijih benih dibawa ke Singapura dan ditanam di Taman Botanical Singapura dan di perkarangan rumah Sir Hugh Low (Residen Perak) di Kuala Kangsar. H.N. Ridley yang menjadi Pengarah Taman Botanical Singapura sejak 1888 memainkan peranan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalakkan penduduk Tanah Melayu menanam getah. Pada mulanya, galakan beliau tidak mendapat sambutan tetapi menjelang abad ke-20, tanaman getah mula diminati oleh orang ramai. Berikut ialah jadual perangkaan penanaman getah di Tanah Melayu:

Tahun Keluasan Tanah (ekar)

1897 345

1900 46000

1905 48000

1906 85000

1909 200000

1911 1000000

1914 1500000

1918 2500000

1940 3500000

Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah

1. Permintaan

Menjelang abad ke-20, permintaan getah meningkat akibat dari perkembangan industri kereta di Eropah dan Amerika, lebih-lebih lagi selepas J.B. Dunlop berjaya mencipta tayar angin. Pada tahun 1905, perkembangan industri kereta di Amerika terbukti daripada pertambahan pengeluarannya. Pengeluaran kereta Amerika sebanyak 500 ribu buah pada tahun 1910 telah meningkat kepada 8 juta buah pada tahun 1920. Selain itu, getah juga diperlukan oleh industri lain seperti alat-alat elektrik, alat-alat perubatan, perkakas rumah dan lain-lain. Permintaan yang bertambah telah menyebabkan harga getah meningkat. Pada tahun 1900, harga getah hanya 2s 3d (penn) bagi sepaun tetapi pada tahun 1911, harganya meningkat kepada 5s 5d (penn) bagi sepaun. Antara tahun 1906 hingga 1918, harga getah ialah kira-kira 15s sepaun. Kenaikan harga sudah tentu menyebabkan orang-orang Melayu menanam getah.

2. Kejatuhan harga kopi

Kejatuhan harga kopi juga menjadi faktor menyebabkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Pada tahun 1890-an, berlaku kejatuhan harga kopi akibat saingan kopi Brazil dan juga pengeluaran berkurangan disebabkan penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu "Beehawk". Harga kopi $45 sepikul pada tahun 1975 telah jatuh kepada $19 sepikul pada tahun 1899. Kejatuhan harga kopi menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada tanaman getah. Buktinya pada tahun 1898, taman-taman percubaan Kerajaan Perak telah menjual 32 ribu biji benih getah dan 60 ribu anak benih getah.

3. Tenaga buruh

Perusahaan getah memerlukan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil dari usaha untuk membawa imigran-imigran dari Selatan India terutamanya dan Madras. Pelbagai kemudahan telah diadakan bagi menggalakkan kedatangan orang India seperti Tabung Percuma, tempat tinggal dan lain-lain. Pada tahun 1907, tabung imigran orang-orang India telah ditubuhkan bagi menguruskan kedatangan orang India. Pada tahun 1912, Undang-undang Buruh dilaksanakan bagi mengelakkan penindasan majikan kepada buruh-buruh ladang. Imigran-imigran India dibawa ke Tanah Melayu melalui beberapa sistem seperti Sistem Kontrak (Identuru), Sistem Kangani, buruh bebas yang dibantu dan yang tidak dibantu. Usaha untuk bantu orang-orang India ke Tanah Melayu bertambah mudah kerana adanya hubungan kerjasama Kerajaan British di India dan Tanah Melayu. Kedatangan ramai imigran India telah membolehkan lebih banyak ladang-ladang dibuka di Tanah Melayu. Orang India memberi sumbangan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dan mereka dianggap sebagai rakyat British yang kuat dan rajin bekerja, mudah dikawal dan tidak bercita-cita tinggi.

4. Campur tangan British

Campur tangan British dan perlaksanaan Sistem Residen di Tanah Melayu sejak tahun 1874 menamatkan kekacauan di Tanah Melayu seperti perebutan takhta, pergaduhan antara pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina, perlanunan dan lain-lain lagi. Kestabilan politik serta keamanan dan peraturan yang wujud telah memberi jaminan keselamatan terhadap nyawa dan harta benda. Keadaan ini menyebabkan berlaku perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Selain itu, keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur untuk menanam modal.

5. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran seperti Undang-undang tanah dan sistem cukai yang seragam antara negeri-negeri itu diperkenalkan. Keseragaman pentadbiran telah mewujudkan kestabilan politik serta keamanan dan ini telah memberi tarikan kepada pelabur-pelabur untuk memperkembangkan perusahaan ini.

6. Sistem perhubungan

Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi memudahkan pengangkutan getah dari kawasan pengeluaran ke kawasan pelabuhan untuk dieksport. Menjelang tahun 1904, terdapat jalan keretapi sejauh 340 batu dan jalan raya 2400 batu. Jalan kertapi pertama dibuka pada tahun 1885 yang menghubungkan antara Taiping – Port Weld, 1886 Kuala Lumpur – Kelang, 1891 Seremban – Port Dickson, 1893 Ipoh – Teluk Anson. Menjelang tahun 1903 sudah terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan 1909 disambungkan ke Johor Bahru. Menjelang tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singapura.

7. Sistem pengukuran tanah

Sistem pengukuran tanah yang tepat dan jelas telah menamatkan pertikaian kawasan merebut tanah, khususnya tanah penanaman. Keadaan yang tenteram membolehkan para pengusaha untuk mengembangkan perusahaannya dengan bersungguh-sungguh tanpa merisaukan peristiwa huru-hara berlaku.

8. Iklim dan tanah

Iklim dan tanah di tanah Melayu amat sesuai untuk tanaman getah. Percubaan yang dijalanlkan menunjukkan getah dapat ditanam di pelbagai jenis tanah di Tanah Melayu. Akibatnya getah dapat ditanam di seluruh Tanah Melayu.

9. Undang-undang Tanah

Undnag-undang Tanah yang liberal telah membolehkan pengusaha asing memiliki tanah untuk penanaman getah. Kerajaan British telah berjaya membatalkan hak milik tanah oleh pembesar-pembesar. Tanah menjadi hak kerajaan dan sesiapa sahaja boleh memohon untuk menanam getah. Pada tahun 1896, undang-undang yang berkaitan dengan penerokaan tanah untuk tanaman getah telah dilaksanakan. Mulai tahun 1897, cukai ke atas tanah yang ditanam dengan getah hanya sebanyak 10¢ seekar bagi 10 tahun pertama. Selepas tempoh tersebut, cukai tanah yang dikenakan hanya 50¢ seekar setahun. Cukai yang dikenakan ke atas getah hanya sebanyak 2.5% bagi tempoh 15 tahun pertama. Selepas tempoh itu, cukai yang dikenakan untuk getah tidak melebihi 5% setahun. Selain itu, mereka yang meneroka tanah untuk tanaman getah diberi hak milik kekal.

10. Peranan H.N. Ridley

H.N. Ridley yang menjadi pengarah Taman Botanical Singapura sejak tahun 1888 bertanggungjawab ke atas perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalak penduduk Tanah Melayu menanam getah sehingga digelar "Ridley Getah" atau "Ridley Gila". Pada peringkat awalnya saranan beliau tidak mendapat sambutan. Hanya beberapa orang pengusaha yang mengambil langkah menanam getah. Sebagai contoh, pada tahun 1896, seorang Cina di Selangor iaitu Tan Choy Yan telah menanam 40 ekar getah dan pada tahun yang sama, adik-beradik Kindersley telah menanam 5 ekar getah di Kajang. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar getah diseluruh Tanah Melayu. H.N. Ridley telah mencipta teknik menoreh getah yang dikenali sebagai "Tulang Ikan Herring" yang membolehkan pokok getah hidup lebih lama dan pengeluaran susu getah meningkat. Beliau juga teleh mencipta cara mengangkut anak benih getah, iaitu membungkusnya dengan arang yang lembap. Cara ini membolehkan anak getah diangkut ke tempat yang jauh.

11. Penyelidikan

Penyelidikan juga dijalankan bagi memajukan perusahaan getah. Pada 1899 sebanyak $4 ribu diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menguruskan tanaman getah. Pada tahun 1926, pusat penyelidikan getah (RRI) ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan mengenai penanaman getah seperti teknik menanam, penggunaan baja, teknik menoreh, cara memproses susu getah, penggunaan getah dan lain-lain.

12. Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor

Penguasaan British ke atas Negeri-negeri Melayu Utara (1909) dan Johor (1914) juga memajukan perusahaan getah. Tanaman getah dapat dijalankan di negeri-negeri tersebut sedangkan sebelumnya tumpuan hanya pada Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

13. Dasar ekonomi bebas

Dasar ekonomi bebas dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan British telah menarik ramai pelabur-pelabur Eropah untuk menanam modal dalam perusahaan getah.

14. Firma Eropah

Penglibatan firma Eropah telah memajukan perusahaan getah di Tanah Melayu. Kekuatan modal mereka membolehkan lebih banyak ladang getah dibuka. Pada tahun 1910, sebanyak 142 buah ladang getah di Selangor. Antara firma Eropah tersebut ialah Harrison dan Crossfield, Sime Darby, Guthurie, Dunlop dan sebagainya.

Sumbangan perusahaan getah

1. Ekonomi

Perusahaan getah merupakan punca hasil yang terbesar bagi kerajaan Semenanjung tanah Melayu. Hampir kesemua daripada hasil tersebut diperolehi melalui cukai ke atas eksport getah. Hasil daripada perusahaan getah telah membolehkan kerajaan memodenkan Semenanjung Tanah Melayu.

Pengeluaran getah juga menjadi sumber pendapatan penduduk dengan membekalkan pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk.

2. Sosial

a. Jalan raya dan keretapi dibina bagi menghubungkan kawasan-kawasan getah dengan pelabuhan.

b. Perusahaan getah telah mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Beberapa kilang yang menghasilkan barang buatan getah telah didirikan.

c. Perusahaan getah telah mengakibatkan penghijrahan orang India dan Indonesia dari Jawa dan Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini telah menyumbangkan kepada kemunculan masyarakat majmuk dan tambahan dalam bilangan penduduk yang pesat.

Kesimpulan

Walaupun harga getah meningkat kira-kira $5 sepaun antara tahun 1906-1918, tetapi pada tahun 1920-an, berlaku kejatuhan harga getah. Pada tahun 1920, harga getah hanya 20 sen sehingga 30 sen sepaun. Akibatnya, Kerajaan British terpaksa melakukan Rancangan Pembatasan Stevenson pada tahun 1922 bagi menghadkan pengeluaran agar tidak melebihi permintaan. Perlaksanaan Rancangan Pembatasan Stevenson telah menyebabkan harga getah meningkat kepada $2 sepaun (1925). Walau bagaimanapun, rancangan ini gagal dan dibatalkan pada tahun 1928 kerana hanya disertai oleh wilayah British. Indonesia yang mengeluarkan 24% getah dunia tidak menyertainya. Kegagalan rancangan ini menyebabkan kejatuhan harga getah pada tahun 1931, harga getah hanya 5 sen sehingga 7 sen sepaun. Akibatnya, pada tahun 1934, negara-negara pengeluar getah telah melaksanakan Rancangan Pembatasan Getah Antarabangsa. Rancangan ini meningkatkan harga getah kepada 40 sen sepaun pada tahun 1937.

Sunday, 27 April 2014

Jika <b>harga getah Malaysia</b> mahal.negara lain tidak,siapa mahu beli <b>...</b>

Berapa negarakah yang sudi duduk semeja bagi membicangkan hala tuju harga getah dan harga getah di Malaysia sahajakah yang murah. Jika Malaysia sahaja menaikan harga getah tanpa negara pengeluar getah utama ...

ISU <b>HARGA GETAH</b> - YB DATO&#39; KU ABDUL RAHMAN - Tanah2Getah

Posted:

You are subscribed to email updates from harga getah di malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may ...

<b>Malaysians</b> Must Know the TRUTH - Tanah2Getah - Blogger

Posted:

<b>Malaysians</b> Must Know the TRUTH: &quot; Derita Peneroka <b>Harga Getah</b> <b>...</b> ... You are subscribed to email updates from harga getah di malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, ...

Penduduk enam kampung kecewa – Perak Today

Posted: 23 Apr 2014 09:40 PM PDT

kecewa

SETIU – Penduduk di enam kampung dalam Mukim Hulu Setiu merayu kerajaan negeri campur tangan dalam isu gajah liar yang memusnahkan tanaman mereka sejak tiga tahun lalu hingga menyebabkan mereka hilang punca pendapatan.

Kampung terbabit ialah Kampung Hulu Seladang, Che Long, Sri Bayas, Kampung Besut, Kampung Padang dan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB), Sungai Lanjut.

Timbalan Pengerusi JKKK Hulu Seladang, Zainuddin Abdul Rahman berkata, kira-kira 40 pekebun di kampung terbabit mengalami kerugian lebih RM500,000 sejak tiga tahun lalu apabila tanaman getah dan kelapa sawit mereka dimusnahkan gajah liar.

Menurutnya, ancaman kumpulan gajah liar dianggarkan antara 12 hingga 14 ekor itu amat serius dan perlu mendapat tindakan segera Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta kerajaan negeri.

"Masalah ini sudah lama berlarutan dan setiap kali laporan dibuat, memang Perhilitan datang tapi setakat ini tidak ada gajah yang ditangkap dan dipindahkan menyebabkan masalah ini berterusan.

"Rata-rata pekebun kecewa kerana penat lelah mereka tidak membuahkan hasil, malah terpaksa mengalami kerugian dan hilang sumber pendapatan kerana mereka bergantung kepada hasil pertanian," katanya.

Pekebun tertekan

Seorang pekebun dari Kampung Che Long, Mohd Kadir Ismai, 51, berkata, dia mengalami kerugian kira-kira RM30,000 dalam tempoh setahun apabila kebun getahnya di ceroboh berulang kali oleh kumpulan gajah liar terbabit.

Menurutnya, dia buntu dan terkilan apabila punca rezekinya terjejas apabila tanaman kelapa sawit kerap dimusnahkan binatang liar tersebut.

"Bayangkan separuh daripada tanaman getah saya di kawasan seluas sembilan ekar (3.6 hektar) di RTB Sungai Lanjut rosak dimusnahkan gajah liar yang masuk ke kebun saya dua kali dalam tempoh sebulan.

"Saya minta Perhilitan ambil tindakan segera kerana penduduk sudah hilang sabar dan tertekan dengan masalah yang dialami. Sudah banyak kerugian kami tanggung," katanya.

Pengusaha tanaman kelapa sawit, Kamal Mohd, 46, pula berkata, dia terpaksa menanam semula kelapa sawit beberapa kali kerana dimusnahkan haiwan terbabit menyebabkan dia kerugian ribuan ringgit.

"Kejadian terbaru malam kelmarin, 40 pokok kelapa sawit yang berusia tiga bulan habis musnah dan saya terpaksa tanam semula. Dahlah terpaksa beli anak sawit baru, nak tunggu tempoh masa untuk dapatkan hasil juga semakin panjang," katanya.

Minta tangkap segera

Bagi Zali Mamat, 51, yang mengalami kerugian RM10,000 apabila hampir semua tanaman getahnya seluas dua hektar rosak menyatakan kesediaan memberi kerjasama membantu menangkap gajah liar berkenaan.

"Kami berharap pihak Perhilitan berbincang dengan kerajaan negeri bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini dan bagi saya tiada lain hanya dengan cara menangkap dan memindah gajah tersebut," katanya.

Kata Zali, pelbagai usaha penduduk sudah lakukan untuk mengelak gajah memasuki ladang mereka termasuk memasang pagar elektrik namun tidak berhasil.

Menurutnya, selain merosakkan tanaman, gajah terbabit turut merosakkan setiap tong air pemilik kebun yang bernilai kira-kira RM50 sebuah.

"Kami rayu tangkap segera gajah tersebut kerana kami juga bimbang dengan keselamatan kami setiap kali ke kebun," katanya.

Katanya, gajah liar tersebut lazimnya berpecah kepada dua kumpulan dan memasuki kebun pada waktu malam hingga awal pagi kemudian bersembunyi di dalam hutan pada waktu siang.

Difahamkan masalah pembalakan di kawasan hutan berdekatan ladang terbabit menyebabkan masalah itu semakin serius.

-Sinar harian

Perak perlu cari mekanisma baru atasi masalah <b><b><b>getah</b></b></b>

Perak perlu cari mekanisma baru atasi masalah <b><b><b>getah</b></b></b>

Posted: 23 Apr 2014 07:29 PM PDT

Masyarakat luar bandar terutamanya penoreh getah cukup merasa bimbang dengan harga semasa getah atau nama saintifiknya iaitu Hevea Brasiliensis sekarang ini iaitu RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh lagi.

Para penoreh getah yang dahulunya mampu memperolehi dari RM4.50 sehingga RM5.00 sekilogram sekitar pada tahun 2011 yang lalu.

Bagaimanakah nasib penoreh getah terutamanya di Perak dan apakah perancangan agensi Kerajaan untuk mengatasi masalah harga getah ini dalam tempoh terdekat?

Banyak rungutan penoreh getah yang dilaporkan berikutan harga yang begitu rendah dan akan menyukarkan penoreh-penoreh getah terutama di Kampung Pendalaman yang bergantung kepada perusahaan getah ini.
 
Di Negeri Perak masih merupakan kawasan pertanian walaupun perkembangan sektor industri adalah begitu pesat.  Daripada 2,117,54 hektar tanah di Perak, 30% iaitu 631,552 hektar adalah kawasan pertanian.

Beberapa jenis tanaman seperti getah, kelapa sawit, kelapa, buah-buahan, sayur-sayuran, koko, padi, tanaman singkat, tanaman kekal dan pelbagai lain-lain tanaman. Seluas 205,764 hektar merupakan kawasan penanaman getah dari Utara Perak hinggalah ke Selatan Perak.

Dari jumlah itu, 180,591.5 hektar adalah kawasan getah yang telah dikenalpasti dan diuruskan oleh badan-badan Kerajaan dan Swasta.  

Daripada jumlah 180,591.5 hektar yang dikenalpasti itu hanya 147,044.5 hektar yang dimiliki oleh 58,353 orang pekebun kecil getah sahaja yang berdaftar dengan Risda Negeri Perak.
 
Oleh kerana perkembangan pesat tanaman getah di Perak dahulu, sehinggakan terhadap nama Pekan Getah di Tapah Road. Manakala di Kampung Bendang Selising, Sauk, Kuala Kangsar terdapat dua batang pokok getah klon istemewa yang ditanam mampu mengeluarkan susu enam kilogram setiap hari dengan sekali torehan.

Mengikut sejarahnya, pada tahun 1877 tanaman getah di Malaysia telah di bawa masuk dari negara Brasil dan benih terakhir yang di bawa dari Brazil masih ada di Kuala Kangsar.

Jelas tanaman getah ini begitu dekat dengan rakyat Perak terutamanya pada masa dahulu dan mereka yang duduk di ladang-ladang sehingga kini. Banyak faktor penyebab perkembangan tanaman getah telah berubah dan yang paling kritikalnya kerana harga pasaran getah mencatatkan penurunan yang membimbangkan.
 
Ianya turut akan menjejaskan agensi di bawah Kerajaan Negeri Perak iaitu Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang mempunyai tiga buah ladang seluas 2998.0 hektar yang telah dimajukan dalam tahun 2012.

SADC telah mula memajukan tapak semaian getah pada Ogos 2011, tapak semaian seluas dua hektar ini terletak di lokasi yang sama dengan kapasiti sebanyak 560,000 anak benih getah. Sudah tentu nasib buruk akan bakal ditanggung oleh SADC jika melihat kepada perkembangan harga getah kini.

Ini tidak termasuk di Felda Wilayah Trolak yang terdapat 21 perancangan Felda di seluruh Perak khasnya yang menguruskan tanaman getah. Sudah tentu akan memberikan kesan terutamanya pelaburan tanaman getah akan menjejaskan sektor ekonomi menyeluruh di atas penjualan getah.
 
Saya merasakan beberapa langkah daripada agensi Kerajaan yang terlibat seperti program tanam semula getah ke getah (TSGG), tanaman baharu komoditi getah (TBKG) Projek di bawah Skim Tanam Semula di Felda-Felda tidak banyak memberikan sumbangan kepada nilai jualan getah semasa.

Ini ditambah telah ada kawasan-kawasan yang dahulunya melakukan penanaman getah telah menjual tanah-tanah mereka. Dan hasilnya telah banyak pembangunan perumahan-perumahan yang telah dibangunkan.

Dengan nilai RM85,000 tanah getah 9.615 ekar di Redang Panjang, Ijok hanya menunggu jualannya. Dan ada juga seperti kebun getah di Batu 25, Mukim Hulu Ijok, Selama seluas 2.84 ekar yang mempunyai pokok getah serta mempunyai hasil dengan harga RM70,000 juga akan bakal menerima nasib yang sama.
 
Semua ini penyumbang ke atas suasana yang berlaku dengan tanaman getah yang seperti 'sudah jatuh di timpa tangga'. Satu pelan jangka masa pendek dan panjang perlu dibentangkan daripada semua agensi Kerajaan yang terlibat.

Bagi saya, Kerajaan Negeri khasnya juga tidak terlepas di dalam memastikan kadar nilai jualan harga getah boleh diberikan 'nafas baru' seperti menyuntik ruang dan peluang peruntukan khas kepada pengusaha tanaman getah.

Kerangka bidang kuasa yang ada mampu 'menyumburkan' tanaman semula getah di seluruh Perak khasnya. Ini kerana tanah-tanah yang subur di Perak akan mampu mengembangkan bidang industri untuk kembali di Perak kelak.

Kerajaan Negeri perlu serius dan peka perkembangan industri getah untuk memastikan ianya terus kekal sebagai salah satu pembekal terbesar hasil pertanian iaitu getah.

Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak.

Saturday, 26 April 2014

Jika <b>harga getah Malaysia</b> mahal.neg... - media shah alam - Blogger

Jika <b>harga getah Malaysia</b> mahal.neg... - media shah alam - Blogger

Posted:

Berapa negarakah yang sudi duduk semeja bagi membicangkan hala tuju harga getah dan harga getah di Malaysia sahajakah yang murah. Jika Malaysia sahaja menaikan harga getah tanpa negara pengeluar getah utama ...

Maran: Demontrasi Aman Bantah Kejatuhan <b>Harga Getah</b> <b>...</b>

Posted:

MARAN - Satu demontrasi aman susulan kejatuhan harga getah telah diadakan di Felda Kampung New Zealand dekat sini baru-baru ini. Demontrasi melibatkan beberapa orang peneroka felda terbabit yang kecewa dengan ...

sampai bila rakyat kampong dan rancangan felda <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted:

kahkahkahkahkah.. rancangan menghasut golongan yang mereka gelarkan melayu hutan sedang berjalan.. sedangkan penoreh tahu harga getah akan turun naik.. yang buat banner hanyalah macai upahan untuk menghasut " melayu hutan" yang masih degil .... Ahli keluarga MH370 tahan kakitangan MAS di Beijing - [image: Anggota polis berkawal di depan Kedutaan Malaysia di Beijing berikutan ahli keluarga penumpang MH370 mengadakan protes, hari ini.

Friday, 25 April 2014

<b>Harga Getah</b>: K&#39;jaan, Macam Pahat Dengan Pemukul.. ~ Gossip <b>...</b>

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sekali lagi mengucapkan simpati dengan semua kel... Fiza Elite fail penceraian di Shah Alam minggu lalu? Sekadar Cerita .... Di Baling Sabtu lepas, puluhan ribu penduduk Baling serta penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berkumpul untuk menuntut harga getah yang lebih baik ekoran kejatuhan bahan komoditi itu yang merudum sejak kebelakangan ini. Ia diadakan bagi mengimbau kembali sejarah Demonstrasi Baling ...

Kerajaan perlu tetapkan <b>harga</b> lantai <b>getah</b> - BNBBC

Posted:

Beliau menambah, jasa rakyat di luar bandar ini harus dikenang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memperolehi majoriti undi besar pada PRU lalu. getahbeku �Harga getah beku 1 kilogram adalah RM2.60 sahaja. kalau toreh pokok ...

Felda dan Penanaman <b>Getah</b> | Usahawan - Tanah2Getah - Blogger

Posted: 13 Apr 2014 07:21 PM PDT

Pendahuluan Getah berasal dari Brazil. Tokoh penting yang membawa benih getah dari Brazil ialah Sir Hanry Wickham. Beliau telah membawa 70,000 biji getah untuk ditanam di Kew Gardens di London untuk tujuan percambahan. Daripada jumlah itu hanya 4% sahaja yang tumbuh. Pada tahun 1877, 22 spesis getah telah dihantar ke Singapura, sebahagiannya ditanam di Botanical Gardens Singapura dan sebahagiannya ditanam di kediaman Sir Hugh Low di Kuala Kangsar. Pada peringkat awal getah tidak popular di Tanah Melayu kerana para peladang kurang kemahiran berkaitan tanaman getah. Lantaran itu mereka lebih tertumpu kepada tanaman lain. Tanaman getah mula mendapat perhatian dan ditanam secara besar-besaran pada awal abad ke-20. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu

Faktor-Faktor perkembangan

i) Usaha H. N. Ridley

a) Beliau merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah mengembara ke seluruh Tanah Melayu memujuk orang ramai supaya menanam getah. Dengan usahanya jugalah banyak penyelidikan telah dijalankan tentang cara penanaman getah yang betul, kesesuaian tanah dan pembekuan getah. Hasil penyelidikan telah diedarkan kepada pengusaha getah malalui Straits And FMS Agriculturul Bulletin. Akibat daripada usaha-usahanya itu menyebabkan beliau digelar "Ridley Getah atau Ridley Gila".

b) Pada tahun 1897 beliau telah memperkenalkan sistem torehan ibedem atau sistem torehan tulang ikan herring. Sistem torehan ini dapat mengelakkan pokok daripada rosak dan melanjutkan usia pokok. Beliau juga memperkenalkan cara yang lebih selamat untuk mengangkut anak-anak pokok ke tempat yang lebih jauh, iaitu dengan cara anak-anak pokok dibalut dengan arang yang lembab bagi mengelak daripada mati akibat kekurangan air. Usaha-usaha Ridley menampakkan hasil apabila pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 getah mula ditanam secara meluas. Contohnya pada tahun 1896, 16 hektar tanaman getah diusahakan oleh Tan Choy Yan. Menjelang tahun 1904, tanaman getah berskala besar mula ditanam di Kedah dan di Johor. Sehingga tahun 1911, terdapat lebih kurang satu juta ekar tanah telah ditanam dengan getah dan pada tahun 1930 getah telah menjadi eksport penting Tanah Melayu.

ii) Kemerosotan harga kopi.

Antara tahun-tahun 1896-1900, harga kopi telah mengalami kemerosotan di pasaran dunia akibat pengeluaran yang berlebihan. Kopi juga mengalami kemerosotan akibat serangan penyakit kupu-kupu Beehawk. Kejatuhan harga kopi menyebabkan peladang-peladang beralih tumpuan kepada tanaman getah. Bagi menggalakkan tanaman getah kerajaan Perak telah menjual 32, 000 biji getah dan 60,000 anak benih getah untuk ditanam di seluruh ladang di Tanah Melayu.

iii) Permintaan terhadap getah yang meningkat.

a) Pada awal abad ke-20 permintaan terhadap getah meningkat akibat daripada Revolusi Perindustrian yang berkembang di Eropah dan Amerika Syarikat. Pelbagai barangan telah dicipta yang berasaskan getah. Contohnya perkembangan industri kereta menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat kerana getah digunakan untuk membuat tayar. Pada tahun 1888, J.B. Dunlop telah mencipta tayar angin. Pada tahun 1910, Amerika Syarikat telah menghasilkan 500,000 buah kenderaan. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat khususnya dari Amerika Syarikat. Pada tahun 1907, Amerika Syarikat telah membeli 37% daripada getah dunia dan telah meningkat kepada 77% pada tahun 1917.

b) Pada tahun 1839 Goodyear telah menemui kaedah mencampurkan getah dengan belerang dan haba supaya keras. Melalui kaedah ini dapat menghalang getah daripada menjadi lembut dan meleket apabila panas; menjadi keras dan rapuh apabila sejuk. Kaedah ini dkenali "Vulcanization". Kejayaan kaedah ini telah menambahkan kepelbagaian penggunaan getah seperti kasut getah, pakaian kalis air, barangan elektrik, peralatan perubatan, getah pemadam, paip air dan lain-lain.

c) Permintaan yang tinggi terhadap getah telah meningkatkan harga getah. Contohnya pada tahun 1890 harga getah $1.30 sepaun telah meningkat kepada $2.50 sepaun pada tahun 1906. Harga getah tertinggi pernah dicapai ialah $ 5.50 sepaun pada tahun 1910. Peningkatan terhadap harga getah telah menggalakkan pelabur Eropah dan Cina menanam getah secara ladang. Antara ladang yang dibuka oleh pelabur Eropah ialah Guthrie, Harrison and Crossfield (Golden Hope), Socfin, Sime Darby dan Syarikat Getah Dunlop. Sementara itu, orang mula menggantikan tanaman kopi dengan tanaman getah. Perluasan tanaman getah telah menyebabkan pengeluaran getah Tanah Melayu meningkat. Contohnya pada tahun 1905 Tanah Melayu mengeluarkan 400 tan getah dan telah meningkat kepada 11,000 tan pada tahun 1911. Pada tahun 1922 Tanah Melayu mengeluarkan sebanyak 212,000 tan getah.

iv) Tenaga buruh yang murah

a) British telah membawa masuk secara beramai-ramai orang India ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Kedatangan orang-orang India telah dapat membekalkan buruh yang murah kepada sektor getah. Pada tahun 1883 Kerajaan British telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan India untuk membawa masuk buruh India secara terancang

b) Orang India dibawa masuk melalui sistem kontrak dan sistem kangany. Pada tahun 1908 sejumlah 43,515 orang buruh India di ladang-ladang getah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jumlah ini telah meningkat kepada 139, 480 orang pada tahun 1918. Kehadiran buruh dengan jumlah yang besar telah membolehkan pemodal-pemodal Eropah membuka ladang-ladang getah yang lebih besar.

v) Penyelidikan getah secara saintifik

a) Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan terhadap getah. Pada tahun 1907 Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan. Pertubuhan ini menjalankan kerjasama dengan kerajaan British bagi menjalankan penyelidikan untuk memperbaki hasil dan mutu getah serta menambah keluasan kawasan getah. Pada tahun 1926 kerajaan telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah. Institut ini telah menghasilkan cara-cara yang lebih baik bagi penanaman getah, penggunaan baja, kawalan serangga, memproses susu getah, pisau menoreh yang sesuai, cara mengawet dan memekatkan susu getah.

vi) Galakan daripada Kerajaan

a) Kerajaan British memberi galakan kepada perusahaan getah. Pada tahun 1897 kerajaan telah mengenakan cukai yang rendah ke atas tanah yang ditanam dengan getah, iaitu sebanyak 10 sen bagi setiap 0.405 hektar bagi sepuluh tahun yang pertama dan selepas 10 tahun cukai dinaikkan kepada 50 sen. Duti ke atas getah hanyalah 2.5% bagi setiap lima belas tahun yang pertama dari tarikh kerja-kerja tanaman dimulakan.
b) Selepas tempoh tersebut duti tersebut tidak akan melebihi 5%. Pada tahun 1899 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak $ 4000 bagi menjalankan eksperimen getah dan tanaman lain. Pada tahun 1904 syarikat-syarikat Eropah diberi keutamaan memperoleh pinjaman khas dengan kadar faedah yang rendah. Sebanyak $ 500, 000 diperuntukkan bagi menjayakan skim itu. Pada tahun 1908 jumlah itu ditambah tiga kali ganda. Kerajaan British juga memberi hak milik kekal kepada mereka yang membuka tanah untuk menanam getah.

vii) Penglibatan pelabur Eropah

a) Penglibatan pelabur Eropah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah. Penglibatan mereka telah menyebabkan tanaman getah secara besar-besaran terlaksana. Antara syarikat Eropah yang melibatkan diri dengan perusahaan getah ialah Guthrie, Dunlop, Sime Darby, Harrison dan Crosfield. Penglibatan syarikat Eropah telah menyebabkan pengeluaran getah di Tanah Melayu meningkat dengan pesatnya. Cntohnya pada tahun 1914 lebih daripada setengah bekalan getah dunia datangnya dari Tanah Melayu.

Kesimpulan
Jelaslah bahawa pengenalan tanaman getah di Tanah Melayu telah berjaya menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar utama getah dunia. Getah mula menjadi sumber ekonomi penting Tanah Melayu seperti juga bijih timah. Walau bagaimanapun pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an perusahaan getah mengalami kemerosotan akibat kemerosotan ekonomi dunia sehinggakan kerajaan British pada ketika itu terpaksa mengambil beberapa langkah bagi mengatasinya

Perak perlu cari mekanisma baru atasi masalah <b><b>getah</b></b>

Posted: 18 Apr 2014 07:02 PM PDT

Masyarakat luar bandar terutamanya penoreh getah cukup merasa bimbang dengan harga semasa getah atau nama saintifiknya iaitu Hevea Brasiliensis sekarang ini iaitu RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh lagi.

Para penoreh getah yang dahulunya mampu memperolehi dari RM4.50 sehingga RM5.00 sekilogram sekitar pada tahun 2011 yang lalu.

Bagaimanakah nasib penoreh getah terutamanya di Perak dan apakah perancangan agensi Kerajaan untuk mengatasi masalah harga getah ini dalam tempoh terdekat?

Banyak rungutan penoreh getah yang dilaporkan berikutan harga yang begitu rendah dan akan menyukarkan penoreh-penoreh getah terutama di Kampung Pendalaman yang bergantung kepada perusahaan getah ini.
 
Di Negeri Perak masih merupakan kawasan pertanian walaupun perkembangan sektor industri adalah begitu pesat.  Daripada 2,117,54 hektar tanah di Perak, 30% iaitu 631,552 hektar adalah kawasan pertanian.

Beberapa jenis tanaman seperti getah, kelapa sawit, kelapa, buah-buahan, sayur-sayuran, koko, padi, tanaman singkat, tanaman kekal dan pelbagai lain-lain tanaman. Seluas 205,764 hektar merupakan kawasan penanaman getah dari Utara Perak hinggalah ke Selatan Perak.

Dari jumlah itu, 180,591.5 hektar adalah kawasan getah yang telah dikenalpasti dan diuruskan oleh badan-badan Kerajaan dan Swasta.  

Daripada jumlah 180,591.5 hektar yang dikenalpasti itu hanya 147,044.5 hektar yang dimiliki oleh 58,353 orang pekebun kecil getah sahaja yang berdaftar dengan Risda Negeri Perak.
 
Oleh kerana perkembangan pesat tanaman getah di Perak dahulu, sehinggakan terhadap nama Pekan Getah di Tapah Road. Manakala di Kampung Bendang Selising, Sauk, Kuala Kangsar terdapat dua batang pokok getah klon istemewa yang ditanam mampu mengeluarkan susu enam kilogram setiap hari dengan sekali torehan.

Mengikut sejarahnya, pada tahun 1877 tanaman getah di Malaysia telah di bawa masuk dari negara Brasil dan benih terakhir yang di bawa dari Brazil masih ada di Kuala Kangsar.

Jelas tanaman getah ini begitu dekat dengan rakyat Perak terutamanya pada masa dahulu dan mereka yang duduk di ladang-ladang sehingga kini. Banyak faktor penyebab perkembangan tanaman getah telah berubah dan yang paling kritikalnya kerana harga pasaran getah mencatatkan penurunan yang membimbangkan.
 
Ianya turut akan menjejaskan agensi di bawah Kerajaan Negeri Perak iaitu Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang mempunyai tiga buah ladang seluas 2998.0 hektar yang telah dimajukan dalam tahun 2012.

SADC telah mula memajukan tapak semaian getah pada Ogos 2011, tapak semaian seluas dua hektar ini terletak di lokasi yang sama dengan kapasiti sebanyak 560,000 anak benih getah. Sudah tentu nasib buruk akan bakal ditanggung oleh SADC jika melihat kepada perkembangan harga getah kini.

Ini tidak termasuk di Felda Wilayah Trolak yang terdapat 21 perancangan Felda di seluruh Perak khasnya yang menguruskan tanaman getah. Sudah tentu akan memberikan kesan terutamanya pelaburan tanaman getah akan menjejaskan sektor ekonomi menyeluruh di atas penjualan getah.
 
Saya merasakan beberapa langkah daripada agensi Kerajaan yang terlibat seperti program tanam semula getah ke getah (TSGG), tanaman baharu komoditi getah (TBKG) Projek di bawah Skim Tanam Semula di Felda-Felda tidak banyak memberikan sumbangan kepada nilai jualan getah semasa.

Ini ditambah telah ada kawasan-kawasan yang dahulunya melakukan penanaman getah telah menjual tanah-tanah mereka. Dan hasilnya telah banyak pembangunan perumahan-perumahan yang telah dibangunkan.

Dengan nilai RM85,000 tanah getah 9.615 ekar di Redang Panjang, Ijok hanya menunggu jualannya. Dan ada juga seperti kebun getah di Batu 25, Mukim Hulu Ijok, Selama seluas 2.84 ekar yang mempunyai pokok getah serta mempunyai hasil dengan harga RM70,000 juga akan bakal menerima nasib yang sama.
 
Semua ini penyumbang ke atas suasana yang berlaku dengan tanaman getah yang seperti 'sudah jatuh di timpa tangga'. Satu pelan jangka masa pendek dan panjang perlu dibentangkan daripada semua agensi Kerajaan yang terlibat.

Bagi saya, Kerajaan Negeri khasnya juga tidak terlepas di dalam memastikan kadar nilai jualan harga getah boleh diberikan 'nafas baru' seperti menyuntik ruang dan peluang peruntukan khas kepada pengusaha tanaman getah.

Kerangka bidang kuasa yang ada mampu 'menyumburkan' tanaman semula getah di seluruh Perak khasnya. Ini kerana tanah-tanah yang subur di Perak akan mampu mengembangkan bidang industri untuk kembali di Perak kelak.

Kerajaan Negeri perlu serius dan peka perkembangan industri getah untuk memastikan ianya terus kekal sebagai salah satu pembekal terbesar hasil pertanian iaitu getah.

Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak.

© 2014. Design by Blogger